BAECELONA perlu memancing semula Lionel Messi tetapi LaLiga sama sekali tidak akan melonggarkan peraturan sedia ada untuk melicinkan urusan itu.

Hasrat tu diluahkan Presiden LaLiga, Javier Tebas, yang mahu melihat penyerang handalan terbabit kembali ke kancah bola sepak Sepanyol.

Messi -- yang dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman -- meninggalkan Barca secara percuma dua tahun lalu berikutan kekangan kewangan yang menghalang kelab itu daripada memperbaharui kontraknya.

Sejak itu, desas-desus Messi bakal meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kontraknya di Perancis tamat musim ini -- dan kembali ke pangkuan kelab Catalan berkenaan.

Tetapi situasi kewangan Barca masih belum pulih untuk membawa masuk pemilik jersi keramat nombor 10 itu.

Tebas memberitahu Blaugrana bulan lalu bahawa mereka perlu membayar balik sejumlah besar yuran perpindahan dan pemotongan gaji sebelum membeli sebarang pemain lagi.

LaLiga berkeras untuk tidak melonggarkan peraturannya tetapi Tebas masih melihat jalan untuk Barca menandatangani semula Messi.

“Setakat hari ini, tiada (Barcelona tidak boleh menandatangani Messi) tetapi masih ada banyak masa lagi,” katanya malam tadi.  -- Stadium Astro