awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe

Astro Arena
Astro Arena
26/11/2024
05:45 MYT
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes. - Stadium Astro
KYLIAN Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika membantu kelabnya itu meraih kemenangan 3-0 berdepan Leganes dalam saingan LaLiga, semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu mendapat perhatian sejak berpindah dari Paris Saint-Germain dengan dia telah menjaringkan gol ketujuhnya selepas Carlo Ancelotti kembali meletakkan dia ke posisi kegemarannya iaitu di sebelah sayap kiri.
"Vinicius dan saya membaca antara satu sama lain dengan baik. Saya mempunyai hubungan yang baik dengannya dan dia seorang pemain yang hebat," kata Mbappe kepada Real Madrid TV.
"Saya fikir saya telah mempamerkan aksi yang baik. Saya mula bangkit dengan pantas bersama rakan sepasukan. Saya boleh bermain di setiap posisi, dan saya bersedia untuk membantu pasukan dengan memberikan aksi yang terbaik.
"Saya beraksi di sebelah kanan, kiri, tengah dan dengan dua posisi di atas. Ia tidak penting bagi saya. Saya mahu membantu pasukan dan menjaringkan gol," katanya.
Untuk rekod, skuad Los Blancos kini berada di tangga kedua liga, empat mata di belakang pendahulu iaitu Barcelona yang telah beraksi lebih satu perlawanan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Real Madrid
#mula bangkit
#Vinicius
#LaLiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan