awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lampard mahu mencari 'angin' baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2023
06:00 MYT
Lampard mahu mencari 'angin' baharu
Lampard dilaporkan sebagai seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk dia bangkit semula. - Gambar fail
FRANK Lampard merancang untuk mencari 'angin' baharu selepas dipecat sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton Isnin lalu.
Menurut satu laporan, jurulatih berusia 45 tahun itu tidak mahu berdiam diri sebaliknya akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.
Bekas bintang Chelsea dan legenda England itu dipecat ekoran prestasi hambar yang menyaksikan kelab Merseyside berkenaan terperosok di tangga kedua tercorot liga.
"Perpindahan ke tempat lain sama ada Sepanyol, Belanda, Jerman atau Amerika Syarikat berada dalam fikirannya. Dia perlukan angin baharu untuk kembali bangkit," petik laporan tersebut.
Laporan itu menambah, kegagalan di Everton menjadikan Lampard lebih kuat dan berazam untuk kembali membuktikan kemampuannya sebagai seorang jurulatih berjaya.
"Frank (Lampard) sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Everton. Dia sayang kelab, penyokong dan mahu memacu kedudukan Everton.
"Dia bekerja keras. Namun terpaksa akur dengan kegagalannya, tetapi pada masa sama dia yakin kekecewaan dan pengalamannya itu akan menjadikannya lebih kuat sebagai pengurus," katanya.
Laporan itu menambah, Lampard seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk bangkit semula.
"Dia gemar melihat ke arah masa depan. Dia akan bercuti, melihat kembali apa yang berlaku dan akan kembali tidak lama lagi," ujar laporan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Frank Lampard
#Everton
#jurulatih
#kerjaya di luar England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan