awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu
Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar etika Terbuka AS, Serena Williams didenda ASD17,000

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2018
05:15 MYT
Langgar etika Terbuka AS, Serena Williams didenda ASD17,000
Serena Williams memarahi Carlos Ramos ketika Terbuka AS menentang Naomi Osaka di New York, 8 Sept, 2018. Danielle Parhizkaran-USA TODAY SPORTS/Fail
Gara-gara bertikam lidah dengan pengadil ketika pusingan akhir Terbuka Amerika Syarikat pada Sabtu, Serena Williams didenda ASD17,000.
Williams didapati bersalah kerana mencerca (verbal abuse) pengadil, dengan menggunakan perkataan 'penipu' dan 'pencuri'.
Dia dikenakan tindakan penalti.
Williams sebelum ini mendakwa, tindakan dikenakan ke atasnya ketika perlawanan akhir menentang Naomi Osaka dari Jepun itu, tidak wajar.
Denda yang dikenakan berdasarkan pelanggaran etika di bawah Persatuan Tenis Amerika Syarikat, akan ditolak daripada hadiah ASD1.85 juta wang tunai yang dimenangi Williams sebagai naib juara.
Williams yang memburu gelaran Grand Slam ke-24, enggan bersalam dengan pengadil Carlos Ramos selepas tamat perlawanan.
Pejabat pengadil perlawanan mendenda bekas pemain nombor satu dunia itu ASD10,000 kerana melakukan 'verbal abuse' terhadap Ramos, ASD4,000 kerana didakwa menerima tips dari jurulatih Patrick Mouratoglou dan ASD3,000 kerana menghempas raketnya pada set kedua.
Topic Berkaitan
#abuse
#Amerika Syarikat
#denda
#etika
#Grand Slam
#Jepun
#jurulatih
#naomi osaka
#penalti
#pengadil
#Serena Williams
#tenis
#Terbuka AS
#Tips
#verbal abuse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan