awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan atlet Para Sukma Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis

Bernama
Bernama
11/11/2020
20:47 MYT
Latihan atlet Para Sukma Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis
Sukma dan Para Sukma 2020 di Johor terpaksa dibatalkan ekoran ketidaktentuan penularan wabak COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga di negara ini.
MELAKA:Program latihan atlet Para Sukan Malaysia (Sukma) Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis ini, kata Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Beliau berkata, bagaimanapun, program latihan bagi atlet Sukma Melaka akan diteruskan dan dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Keputusan ini diambil atas dasar kepentingan kesihatan, kesejahteraan dan kebaikan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.
"Justeru itu, program latihan berpusat atlet yang sedia ada di bawah kendalian Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Melaka boleh diteruskan secara tertutup dan terkawal," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Rafiq turut mengingatkan penggiat sukan dan rekreasi termasuk pemilik dan operator fasiliti seperti padang bola sepak, kompleks sukan, dewan badminton, gimnasium, kolam renang dan pusat rekreasi di negeri ini agar terus mematuhi arahan MKN.
Isnin lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukma dan Para Sukma 2020 di Johor terpaksa dibatalkan ekoran ketidaktentuan penularan wabak COVID-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#SOP
#COVID-19
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Para SUKMA
#Johor
#atlet
#Melaka
#Sukan Malaysia
#latihan
#MKN
#atlet para
#sukan
#rekreasi
#fasiliti sukan
#Sukma Johor 2020 batal
#gelombang ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan