awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LCW dan rakan-rakan akan ke Amerika Syarikat

Astro Arena
Astro Arena
01/10/2015
08:46 MYT
LCW dan rakan-rakan akan ke Amerika Syarikat
"Saya akui Amerika Syarikat kekurangan fasiliti dan kemudahan namun mereka hanya dibezakan 1 jam dengan Brazil," katanya. - Gambar Astro ARENA
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi pilihan bagi skuad badminton negara menjalani kem latihan pra-Olimpik bagi menghadapi temasya itu yang akan berlangsung di Rio, Brazil tahun hadapan.
Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost mengesahkan bahawa negara Uncle Sam itu menjadi pilihan sesuai atas faktor perbezaan masa.
"Saya akui Amerika Syarikat kekurangan fasiliti dan kemudahan namun mereka hanya dibezakan 1 jam dengan Brazil," katanya.
Frost melihat perbezaan masa satu jam mampu memberikan pemain rehat yang cukup sebelum bertolak ke Rio.
Disamping itu, Frost beri jaminan skuad negara punyai peluang cerah di Rio.
"Lee Chong Wei miliki peluang cerah untuk meraih pingat cuma perlu lihat sama ada emas mampu dicapai, sementara itu 3 pemain beregu lain bersama perseorangan wanita mampu melakukan sesuatu," jelasnya lagi.
Sementara itu, Frost memaklumkan bahawa 53 pemain badminton dibawah BAM telah diberikan masa setahun untuk menunjukkan mereka layak kekal dibawah naungan badan induk itu.
"Ia satu keputusan yang baik kerana setidaknya ia menjadi peringatan agar pemain akan sentiasa memberikan aksi yang baik terutama untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik Rio," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#morten frost
#Uncle Sam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan