awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leeds United bakal berpindah milik

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2023
02:20 MYT
Leeds United bakal berpindah milik
Andrea Radrizzani, bersetuju untuk menjual pegangan saham majoritinya di kelab itu kepada pemilik bersama, 49ers Enterprises. - Stadium Astro
PENGERUSI Leeds United, Andrea Radrizzani, bersetuju untuk menjual pegangan saham majoritinya di kelab itu kepada pemilik bersama, 49ers Enterprises.
Kumpulan pelaburan Amerika Syarikat (AS) yang juga pemilik francais NFL San Francisco 49ers telah menjadi pemegang saham minoriti di Leeds sejak 2018 sebelum mengambil pemilikan penuh.
“Leeds United mengesahkan persetujuan telah dicapai di antara Aser Ventures dan 49ers Enterprises berhubung pembelian kelab ini,” kata satu kenyataan.
“Kedua-dua pihak akan terus meneliti butiran dan kemas kini lanjut akan diberikan tidak lama lagi. “Segala tumpuan kami kekal untuk kembali pantas ke Liga Perdana Inggeris (EPL).”
49ers Enterprises meningkatkan pegangannya dalam Leeds kepada 44 peratus pada 2021 dengan pilihan untuk membeli baki 56 peratus daripada Radrizzani sebelum Januari 2024.
Tawaran asal itu bernilai sekitar £400 juta (RM2.3 bilion ) bergantung sama ada kelab yang kekal dalam EPL atau pun tidak.
Penyingkiran bulan lalu memaksa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan dan penilaian tanda harga hampir £170j (RM985.5j) telah pun dipersetujui.
Perjanjian itu menandakan berakhirnya pemilikan Radrizzani selama enam tahun. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Leeds United
#Andrea Radrizzani
#49ers Enterprises
#pembelian kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan