ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 September 2026.
Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian - Mokhzani
Keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pencarum KWSP perlu simpanan minimum RM100,000 pada usia 55 untuk persaraan - Penyelidik
Jumlah itu perlu dikumpulkan dan dilaburkan sehingga pencarum mencapai usia 60 tahun sebelum diagihkan secara bulanan, dengan bayaran awal bermula pada RM780.
Bekas Pengarah Besar Felda nafi perdaya penukaran hak milik 16 geran tanah
Faizoull mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Kematian pelajar 14 tahun: Lima pelajar dakwa pernah jadi mangsa buli suspek pertama
Seramai 69 keterangan saksi direkodkan, membabitkan 53 pelajar, empat guru, tiga warden, enam ibu bapa, dua doktor dan seorang jurulatih tinju.
Didakwa sebabkan kematian ibu: Mahkamah perintah remaja OKU dirujuk ke hospital bahagia
Perintah itu setelah mendapati tertuduh terbabit mempunyai rekod berkaitan sakit mental dan tidak memahami pertuduhan yang dibaca.
Sebanyak 3,524 tahanan warga Myanmar lagi akan dihantar pulang pada fasa kedua
Penghantaran pulang mereka akan dilaksanakan sebaik sahaja Malaysia menerima tarikh yang ditetapkan kerajaan Myanmar.
FAM akan jumpa Menteri Dalam Negeri dapatkan penjelasan isu tujuh pemain warisan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan status tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran isu dokumentasi.
Negara perlu generasi muda berilmu, bersemangat pacu pembangunan negara - PM Anwar
Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aliran tunai Astro cecah RM113 juta, transformasi pacu daya tahan syarikat
Langkah berterusan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memperkukuh kecekapan operasi serta memperluas segmen penstriman, membuahkan hasil positif apabila Kumpulan berjaya menjana aliran tunai bebas yang kukuh berjumlah RM113 juta, bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026 (Q2FY27).
Ayob Khan, Mohd Shuhaily terajui Jawatankuasa Integriti FAM
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029.