awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legasi Ranieri akan terus kekal - Pep Guardiola

Astro Arena
Astro Arena
01/03/2017
01:46 MYT
Legasi Ranieri akan terus kekal - Pep Guardiola
Legasi Claudio Ranieri di Leicester City akan terus kekal walaupun telah dipecat. - Reuters
PEP GUARDIOLA berkata legasi Claudio Ranieri di Leicester City akan terus kekal walaupun telah dipecat selepas sembilan bulan membantu pasukan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Foxes mengejutkan dunia bola sepak apabila muncul sebagai juara EPL.
Ranieri telah dipecat kerana gagal mengekalkan prestasi Leicester yang sedang bergelut daripada penyingkiran.
Skuad kendalian Guardiola merupakan antara pasukan yang dapat menyaksikan kualiti sebenar Leicester musim ini selepas mereka tewas 4-2 di Stadium King Power, Disember lalu.
Bagaimanapun, Leicester mempamerkan aksi garang pada perlawanan pertama tanpa kehadiran Ranieri apabila menewaskan Liverpool 3-1 pada Isnin.
"Saya agak terkejut. Perlawanan semalam ketika berdepan Liverpool, kami dapat melihat legasinya.
"Gaya permainan mereka amat menakjubkan dan itu adalah legasi yang ditinggalkan oleh Claudio Ranieri. Bagaimanapun, kenangan kejayaan mereka menjuarai EPL akan diingati selama-lamanya.
"50 tahun akan datang, skuad Leicester yang dikendalikan Ranieri akan menjadi bualan."
Topic Berkaitan
#Claudio Ranieri
#EPL
#Leicester City
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan