awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda negara tidak setuju pemain warisan, naturalisasi dominasi Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
19/05/2025
00:30 MYT
Legenda negara tidak setuju pemain warisan, naturalisasi dominasi Harimau Malaya
Datuk Santokh Singh, legenda bola sepak negara. - Foto StadiumAstro
REVOLUSI Harimau Malaya baru memasuki fasa permulaan tetapi ia sudah mula mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan keluarga besar bola sepak negara.
Meskipun perdebatan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan bukan perkara baru, ia bagai persoalan yang tiada jawapan.
Pada ketika harapan menggunung peminat untuk menyaksikan Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia dan setiap edisi Piala Asia, legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, berasakan revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.
Perkara ini merujuk kepada kebergantungan terhadap pemain naturalisasi dan warisan yang beraksi di luar negara sehingga mengetepikan bakat tempatan.
"Apa yang saya mahu katakan, FAM kini Persatuan Bolasepak Mat Salleh," katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Kenapa hanya Mat Salleh di sana? Anda katakan kepada saya apa yang sedang berlaku kepada jurulatih tempatan?
"Di mana jurulatih tempatan kita? Semuanya tersorok kerana anda hanya memberikan mereka peranan sebagai pengarah teknikal, jadi apa yang boleh mereka lakukan?
"Kenapa anda memanggil mereka pemain warisan? Mereka berada di luar negara dan tidak dapat bermain, mereka datang ke sini menjadi pemain warisan.
"Kerana itu mereka membawa semua masuk pemain kulit putih dari luar negara ini, mereka mahukan kejayaan segera dan ia terlalu sukar untuk dicapai.
"Saya tidak dapat melihat apa-apa kerana bagi saya sehingga hari ini, kepimpinan baru (FAM) langsung tidak bersuara mengenai apa-apa.
"Kenapa anda membawa Mat Salleh ini semua? Kita ada pemain tempatan, apa akan jadi dengan pemain tempatan kita? Mereka tidak dapat bermain."
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#bola sepak
#Santokh Singh
#pemain naturalisasi
#pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami