Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) belum menerima sebarang maklumat rasmi dari mana-mana pihak yang mengesahkan bahawa pasukan itu sudah menerima lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya baru sahaja menghantar segala dokumentasi yang diperlukan untuk dinilai Badan Rayuan (AB) perlesenan kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menyemak status rayuan permohonan tersebut.
"Belum lagi...belum dapat surat (surat pemakluman mengenai kelulusan mendapatkan lesen AFC)," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas status laman sosial Facebook Liga Super Malaysia yang menyatakan bahawa pasukan itu telah disahkan layak untuk beraksi pada Piala AFC 2018.
Malah, katanya beliau dimaklumkan yang AB menangguhkan persidangan yang dijadual berlangsung pada Jumaat lalu.
"Tetapi menurut apa yang saya diberitahu oleh sumber dalaman...peluang untuk Kedah mendapat lesen tersebut adalah amat tinggi," katanya.
FAM sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan itu tidak lulus dalam permohonannya untuk mendapatkan lesen FAM untuk beraksi pada Liga Super, dan lesen AFC untuk beraksi pada kejohanan AFC 2018.
Mengikut prosedur permohonan, FAM akan merekodkan pasukan yang layak atau tidak layak diberikan lesen kelab oleh FAM bagi perlawanan Liga Malaysia serta kejohanan AFC musim 2018 setelah AB bersidang dan menyemak status rayuan tersebut.
Setelah itu, barulah badan perlesenan kelab FAM akan memaklumkan kepada AFC status muktamad kelab-kelab Liga Malaysia yang melepasi syarat pelesenan kelab FAM/AFC.
Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017. Sebelum ini hanya JDT menjadi pencabar dari Malaysia pada pertandingan bola sepak berstatus kelab kedua berprestij di Asia itu.
Bagaimanapun, KFA perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen tersebut memandangkan AFC telah mengubah peraturannya baru-baru ini dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC mempunyai lesen kelab AFC bagi saingan musim 2018.
Setakat ini, hanya JDT yang mempunyai lesen kelab AFC daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017. - Gambar fail
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.