PENAMPILAN khas juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) berjaya menarik perhatian netizen. 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang individu di Platform X, dapat dilihat Lewis sempat beramah mesra bersama salah seorang pelajar di sekolah tersebut. 

Sempena ulang tahun ke-50 Petronas, difahamkan, Hamilton membuat kunjungan di sekolah berkenaan bagi menyantuni program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSK Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton. 

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen teruja dengan kehadiran sosok pemenang tujuh kali Formula One tersebut. 

“Gempaknya Hamilton datang.

“Budak-budak sekolah ni lagi bertuah dari aku.

Pergh, macam tu je dapat jumpa Hamilton.

“Weh, nak jumpa jugak, lepas ni dia pergi Ferrari tak datang Malaysia dah.

“Jealousnya. Ini kalau dia datang KLCC habis semua geng lanyard penuh,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 94 ribu tontonan di Platform X.

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak