awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou tidak letak sasaran di Glasgow

Bernama
Bernama
07/06/2024
06:30 MYT
Liek Hou tidak letak sasaran di Glasgow
Cheah Liek Hou memenangi anugerah Atlet Para Terbaik pada Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus 2023 di sebuah hotel malam tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou enggan meletakkan sebarang sasaran pada Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa 2024 di Glasgow, Scotland, dari 18 hingga 23 Jun ini.
Sebaliknya, Liek Hou yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) berkata beliau mahu menggunakan peluang beraksi pada kejohanan terakhirnya sebelum Sukan Paralimpik 2024 di Paris itu untuk meninjau prestasi pemain lain termasuk musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.
"Saya mahu lihat di mana tahap pemain lain sama ada prestasi mereka masih sama atau sudah meningkat sewaktu bermain di Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa 2024.
"Setibanya saya di Malaysia selepas kejohanan di Glasgow nanti saya akan lakukan analisis persembahan pemain lain dan cuba cari strategi sebelum ke Sukan Paralimpik 2024," katanya ketika ditemui selepas Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023 di sini, malam tadi.
Juara bertahan Sukan Paralimpik itu mempertahankan gelaran Atlet Para Terbaik dalam acara malam tadi.
Turut dicalonkan bagi gelaran itu ialah jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dan atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.
Dalam pada itu, pemain berusia 36 tahun itu berkata beliau akan 'berkampung' di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, selepas pulang dari Glasgow bagi menjalani kem latihan pusat menjelang Sukan Paralimpik.
"Di MSN Bukit Jalil nanti saya akan jalani latihan penuh dengan menekankan aspek fizikal dan kecergasan," katanya.
Pemain ranking nombor satu dunia itu pada masa sama berharap beliau bebas kecederaan sekali gus dapat mencapai kemuncak prestasi pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.
Sukan Paralimpik 2024 dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
Liek Hou telah mengumpul lima gelaran tahun ini termasuk muncul juara dunia buat kali kelapan bagi perseorangan lelaki SU5 pada Kejohanan Badminton Para Dunia 2024 di Pattaya, Thailand, Februari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaguh badminton para negara
#Cheah Liek Hou
#Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa 2024
#Glasgow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan