Pemain badminton profesional negara, Liew Daren melepasi dua halangan untuk mara ke pusingan ketiga dalam sistem pengiraan 11 mata pada Kejohanan Grand Prix Taiwan Masters di Taipei, hari ini.
Pemain tanpa pilihan itu memulakan kempen acara perseorangan lelaki dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Lee Chia Hao, 1-11, 11-6, 10-12, 12-10 dan 11-9 sebelum mengejutkan pilihan keenam, Firman Abdul Kholik dari Indonesia, 11-6, 4-11, 11-7, 8-11, 11-6 pada pusingan kedua.
Bekas pemain negara, Tan Chung Seang turut melangkah ke pusingan ketiga selepas mengatasi pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen 9-11, 11-8, 11-4, 5-11, 11-7.
Pada pusingan kedua, Chung Seang turut melakukan kejutan dengan menyingkirkan pilihan kelapan, Muhammad Bayu Pangisthu dari Indonesia dengan keputusan 11-5, 11-4, 11-9.
Dalam pusingan pertama acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi dan Ho Yen Mei mara ke pusingan kedua manakala laluan Sonia Cheah dan Goh Jin Wei tersekat di tangan pemain Jepun di pusingan pembukaan.
Jing Yi mengalahkan pemain Taiwan, Hsiang Ti, 9-11, 15-13, 11-7, 9-11, 11-5 manakala Yen Mei mengatasi pemain Indonesia, selaku pilihan ketujuh, Fitriani Fitriani, 11-9, 15-13, 6-11, 11-6.
Cheah pula kalah kepada Yukino Nakai, 7-11, 6-11, 8-11 manakala Jin Wei kepada Saena Kawakami dengan keputusan 7-11, 8-11, 4-11.
Dalam acara beregu lelaki, hanya beregu negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Jagdish Singh mara ke pusingan kedua selepas tiga lagi beregu negara terkandas di pusingan pertama.
Nur Moh Azrin-Jagdish, selaku pilihan kelapan, menewaskan beregu Thailand, Trawut Potieng-Nanthakarn Yordphaisong, 15-13, 11-9, 5-11, 10-12, 11-9.
Tiga beregu negara yang gagal mara ialah Chooi Kah Min-Low Juan Shen yang tumpas di tangan beregu pilihan keempat, Hardianto-Kenas Adi Haryanto dari Indonesia dengan 12-14, 15-13, 6-11, 11-5, 11-7.
Beregu Jepun, Taiki Shimada-Yoshinori Takeuchi mengalahkan pilihan ketujuh, Lim Khim Wah-Ong Jian Go 11-7, 8-11, 11-8, 11-8 manakala pilihan ketiga, Liao Min Chun-Tseng Min Hao (Taiwan) mengalahkan Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen 11-9, 11-9, 11-9.
Dalam acara beregu wanita, dua beregu negara mara ke pusingan kedua selepas masing-masing menewaskan beregu tuan rumah pada pusingan pertama.
Lim Yin Loo-Cheng Wen mengalahkan Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han, 13-11, 12-10, 11-6 manakala Chow Mei Kuan-Lee Men Yean menewaskan Yu Wen-Lin Tsun Yu dengan keputusan 11-5, 11-4, 11-6.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu campuran pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$55,000 (RM230,544). -- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2016
Liew Daren memulakan kempen acara perseorangan lelaki dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Lee Chia Hao, sebelum mengejutkan pilihan keenam, Firman Abdul Kholik dari Indonesia pada pusingan kedua. - fotoBERNAMA / Fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.