KUALA LUMPUR:Kejohanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 akan dijalankan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.
"Kami juga tidak merancang untuk membawa masuk penonton bagi menyaksikan saingan liga di stadium kerana khuatir akan berlakunya sebarang masalah melibatkan pematuhan prosedur operasi standar (SOP).
"Bukan mudah untuk memastikan setiap penonton mengikuti SOP yang ditetapkan dengan sebaiknya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kejohanan yang akan membuka tirai pada 14 Jan hingga 20 Feb depan itu menjadi perlawanan sulung dianjurkan mengikut kalendar kejohanan KHM bagi musim 2021.
Kategori lelaki akan bermula pada 14 Jan hingga 20 Feb depan bakal menampilkan Sabah selaku muka baharu selain tujuh pasukan musim lalu iaitu Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Nurinsafi HT.
Sementara kategori wanita yang akan bermula pada 20 Jan hingga 20 Feb pula akan disertai oleh empat pasukan musim lepas iaitu PKS Uniten-KPT, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dan Sabah selain dua pasukan baharu, Young Tigress dan UniKL Ladies yang membuat penampilan sulung, bagi musim 2021.
Berbeza dengan penganjuran tahun sebelumnya, musim 2021 akan memperkenalkan format perlawanan yang baharu dengan ia dijalankan secara saingan liga satu pusingan dengan pasukan yang berada di tangga teratas liga akan muncul selaku juara liga.
Empat pasukan yang berada pada kedudukan teratas liga pula akan meneruskan pemburuan Piala TNB 2021 bagi kategori lelaki dan Piala Vivian May Soars bagi kategori wanita dengan aksi separuh akhir akan dijalankan secara timbal balik bagi menentukan pasukan yang melangkah ke pentas final.
"Melihat kepada situasi pandemik COVID-19 ketika ini, kami memutuskan untuk mengubah format kejohanan pada musim 2021, kepada liga satu pusingan dan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil kerana ingin memastikan semua SOP dapat diikuti dengan sebaiknya selain memudahkan urusan pemantauan dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020
Keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1
THT menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil, Shello Silverius, Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Fitri Saari.
THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.
Hoki: THT juara Piala Sumbangsih 2022
Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul sebagai juara Piala Sumbangsih saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2.
LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.
MHL diteruskan walaupun kos dijangka cecah RM2 juta - KHM
Peningkatan kos berlaku kerana pihaknya perlu mengikut SOP yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan saingan liga yang dijadualkan bermula 11 Mac hingga 3 April ini.
Liga Hoki Malaysia diawalkan - Anil Jeet Singh
Penganjur kejohanan tidak akan mengambil remeh sekiranya terdapat individu yang melanggar SOP gelembung sukan yang ditetapkan sepanjang liga berlangsung.
Latihan berpusat bagi MFL, MHL dan STL dibenarkan - Ismail Sabri
Keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
MHC akan wujudkan Jawatankuasa Penilaian Semula cari punca gagal ke Tokyo 2020
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata jawatankuasa itu ditubuhkan selepas usaha untuk membantu pasukan layak ke Tokyo 2020 termasuk dari segi sokongan moral dan kewangan, gagal.