KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan sulung Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas menewaskan kelab dari Thailand Ratchaburi FC, 1-0, pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.
Jaringan tunggal pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez pada separuh masa kedua perlawanan sudah cukup membantu JDT, yang sebelum ini tewas tipis 0-1 di tangan pasukan Jepun, Nagoya Grampus Selasa lepas, untuk memperoleh tiga mata berharga dalam aksi kedua saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC musim ini.
Sebaik sahaja perlawanan bermula, Ratchaburi FC tidak menunggu lama untuk melaungkan amaran awal pada minit keempat namun percubaaan dari luar kotak penalti oleh penyerang import, Junior Mpia Mapuku hanya tepat ke dalam dakapan penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias.
Tersentak dengan percubaan Junior, JDT yang dilihat menguasai babak pertama perlawanan terus melancarkan asakan demi asakan ke kubu Ratchaburi FC kendalian Sek-san Siripong itu.
Bagaimanapun, penyerang import JDT, Bergson Da Silva harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang pada babak pertama untuk meletakkan pasukan kendalian Benjamin Mora itu di depan.
Bergson berpeluang membuka tirai jaringan pasukan Harimau Selatan pada minit ke-18 tetapi rembatan kencangnya menggegar palang gol manakala sepakan penalti diambilnya pada minit ke-27 ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan, Kampol Pathom-attakul selepas pemain dari Brazil itu dijatuhkan pemain pertahanan, Pawee Tanthatemee.
Bergson sekali lagi mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun percubaannya berjaya ditepis Kampol pada minit ke-33.
Bersambung babak kedua, JDT hanya mengambil masa seminit untuk memecah kebuntuan apabila Leandro bijak memusingkan badannya sebelum melepaskan satu rembatan cantik bagi jaringan pertama pasukannya pada saingan musim ini.
Leandro kemudian mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan buat JDT namun percubaannya tersasar di sebelah kanan gol lawan pada minit ke-51 manakala sepakan lencong dari Muhammad Safawi Rasid juga sedikit tersasar di posisi yang sama pada minit ke-68.
Ratchaburi FC yang mendominasi perlawanan pada 20 minit terakhir untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan gagal menembusi tembok pertahanan JDT manakala percubaan Safawi pada minit keempat masa kecederaan separuh masa kedua hanya terkena tiang gol kanan lawan dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil.
Terdahulu, dua gol jaringan Mateus Castro dan satu lagi oleh Yoichiro Kakitani membantu Nagoya Grampus mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi FC Pohang Steelers dari Korea Selatan, 3-0, dalam satu lagi aksi awal berlangsung di venue sama petang semalam.
Selepas dua perlawanan, Nagoya Grampus memungut enam mata untuk kekal mendahului Kumpulan G manakala perbezaan jaringan meletakkan JDT di tempat kedua dengan tiga mata diikuti FC Pohang Steelers di tempat ketiga juga dengan tiga mata dan Ratchaburi FC kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Aksi Safiq Rahim (kiri) dan Leandro Velazquez ketika perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan Ratchaburi FC di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. Facebook Johor Southern Tigers
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.