awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara: PSG benam Milan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2023
02:20 MYT
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
Aksi Mbappe meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan F antara PSG dan AC Milan di stadium Parc des Princes, Paris, 25 Okt 2023. (Foto AP)
KYLIAN Mbappe, Randal Kolo Muani dan Lee Kang-in masing-masing meledak gol ketika Paris Saint-Germain kembali ke landasan kemenangan dalam Liga Juara-Juara menewaskan AC Milan 3-0 pada awal pagi Khamis.
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan kepada Newcastle United tiga minggu lalu dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
Mbappe membuka jaringan sejurus selepas setengah jam dengan gol ke-10 kelabnya musim ini, dan rakan sepasukannya dari Perancis, Kolo Muani menambah satu lagi jaringan lapan minit selepas separuh masa kedua bermula.
Kang-in yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol ketiga di penghujung perlawanan menjadikan gol pertamanya untuk bintang Korea Selatan itu bersama PSG.
“Kami sangat berbangga dengan persembahan kami.
“Memenangi perlawanan ini memberikan keyakinan kepada semua orang dan kami perlu meneruskan cara ini,” kata Kolo Muani kepada penyiar Canal Plus.
Setelah memulakan kempen Eropah mereka dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri menentang Borussia Dortmund, PSG mendahului Kumpulan F dengan enam mata.
Milan yang juga juara Eropah tujuh kali itu berada di tangga terbawah dengan dua mata dan kebimbangan besar buat pasukan Stefano Pioli ialah mereka masih belum menjaringkan gol dalam peringkat kumpulan.
“Jelas sekali kami tidak berada dalam kedudukan yang baik.
“Saya berharap Newcastle tidak akan menewaskan Dortmund kerana itu akan membantu kami tetapi kami tidak boleh hanya berharap keputusan lain akan berjaya,” akui Pioli. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PSG
#Liga Juara-Juara
#AC Milan
#ACL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan