awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara: Real menentang Chelsea, City berdepan Bayern

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
22:20 MYT
Liga Juara-Juara: Real menentang Chelsea, City berdepan Bayern
Keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland, 17 Mac 2023. - Foto AP
PENYANDANG juara, Real Madrid bakal berdepan Chelsea, manakala Manchester City dijadualkan menentang Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Pendahulu Serie A, Napoli pula akan berdepan AC Milan untuk pertemuan sesama kelab Itali, manakala satu lagi wakil Serie A, Inter Milan menentang pendahulu Liga Portugal, Benfica.
Pemenang di antara Real dan Chelsea akan berdepan City atau Bayern dalam aksi separuh akhir, sekali gus membuka peluang buat wakil England itu bertemu sesama sendiri.
Ia juga membuka peluang buat kelab Itali mara ke final buat kali pertama sejak Juventus melakukannya pada 2017, apabila Inter bakal berdepan Milan atau Napoli di separuh akhir jika Nerazzurri berjaya menumpaskan Benfica.
Saingan suku akhir akan berlangsung pada 11 dan 12 April, dengan Real akan melayani kunjungan Chelsea terlebih dulu di Santiago Bernabeu sebelum berkunjung ke London untuk aksi timbal balik seminggu kemudian.
Saingan separuh akhir akan berlangsung Mei dengan aksi final di Istanbul dijadualkan pada 10 Jun depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Real Madrid
#Manchester City
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan