KUALA LUMPUR: Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan yang dilakukan dalam lima perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tertib Persatuan Bola Sepak (FAM) Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat kali pertama bagi penggal 2021-2025 menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan terhadap Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri berikutan tindakan pemain PJ City FC itu pada aksi Liga Super antara pasukannya dan Melaka United FC 10 Mac lepas.
Baljit Singh berkata penggantungan Ahmad Khairil Anuar bermula pada pertemuan pasukan PJ City FC menentang Terengganu FC (2 April) dan Kuala Lumpur City FC (7 April) akibat tindakannya yang terjatuh di dalam kotak penalti dan memegang kaki seolah-olah dikasari pemain lawan walaupun tiada pemain lawan menyentuhnya sehingga mewujudkan situasi simulasi.
Katanya Hein Htet Aung pula dijatuhi hukuman gantung satu perlawanan susulan kelakuan tidak mempunyai semangat kesukanan pada perlawanan Liga Premier di antara PDRM FC dan Selangor FC pada 6 Mac.
Hein digantung perlawanan melibatkan Perak FC II dan Selangor FC 2 pada 2 April apabila didapati mempamerkan simbol berbaur politik pada perlawanan menentang PDRM FC.
"Pemain (Ahmad Khairil Anuar dan Hein) diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu," tegasnya.
Sementara itu, dua pemain import iaitu Jack Raymond Hindle (Kelantan FC) dan Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United FC) diberi amaran keras serta hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.
Baljit Singh berkata Jack didapati berkelakuan tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier di antara Kelantan FC dan Perak FC II pada 6 Mac manakala Alex turut melakukan kesalahan sama dalam perlawanan Liga Super melibatkan PJ City FC dan Melaka United FC, 10 Mac.
Katanya keempat-empat pemain didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan yang dilakukan dalam lima perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 baru-baru ini. - Gambar Fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.