awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Malaysia? Satu hari nanti - Cools intai peluang berkelana ke Jepun, Korea

Astro Arena
Astro Arena
01/02/2024
00:15 MYT
Liga Malaysia? Satu hari nanti - Cools intai peluang berkelana ke Jepun, Korea
Cools menyertai Buriram awal tahun lalu menerusi kuota pemain ASEAN dan berjaya membantu kelab berkenaan memenangi tiga piala untuk musim 2022/2023. - Foto Astro ARENA
'BELUM masa beraksi dalam Liga Malaysia.'
Itu pendedahan pertahanan kelab Thai League 1, Buriram United, Dion Cools sekali gus menolak spekulasi Liga Thailand sekadar tempat persinggahan untuk membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia.
Tonggak Harimau Malaya itu ketika ditemu bual eksklusif bersama wartawan Zulhelmi Zainal Azam di Doha, Qatar baru-baru ini mahu melebarkan sayap ke Liga Jepun atau Liga Korea Selatan.
Cools menyertai Buriram awal tahun lalu menerusi kuota pemain ASEAN dan berjaya membantu kelab berkenaan memenangi tiga piala untuk musim 2022/2023.
Memasuki tahun kedua untuk musim 2023/2024, bekas pemain Club Brugge dan FC Midtjylland itu tampak belum pasti destinasinya sejurus musim berakhir.
Ia pada ketika pertahanan berusia 28 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu dikaitkan ke Johor Darul Ta'zim susulan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan Cools akan menyertai Harimau Selatan suatu hari nanti.
Topic Berkaitan
#dion cools
#Liga Malaysia
#Jepun
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan