Berbaki dua lagi perlawanan musim ini, Arsenal hampir pasti menempah slot ke Liga Juara Juara Eropah musim depan selepas mudah membenam Newcastle United 3-0 di laman sendiri.

Arsenal terus bangkit meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas kekalahan kepada Everton pada 6 April lalu.

Arsenal bermula perlahan, untuk permulaan baik buat Newcastle yang kembali dikemudi pengurus, Alan Pardew setelah digantung tujuh perlawanan sebelum ini.

Namun rentak tuan rumah bertukar hasil 'set piece' pada minit ke-25, sekaligus meledak dua gol melalui Laurent Koscielny dan Mesut Ozil dalam babak pertama.

Olivier Giroud mengesahkan kemenangan 3-0 pada minit ke-66.

Arsenal kini empat mata selesa di hadapan Everton di tangga keempat liga dengan baki dua perlawanan musim ini.

Namun malang buat Newcastle yang mengalami kekalahan keenam berturut-turut ketika ini.