awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk

Astro Arena
Astro Arena
12/11/2024
02:20 MYT
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Aksi Bukayo Saka (kiri) berebut bola dengan pemain lawan Levi Colwill (terbaring atas padang) ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Arsenal di Stadium Stamford Bridge, London, 10 Nov 2024. (Foto AP)
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta, tidak mampu bersikap positif apabila disoal mengenai sejauh mana tahap kecederaan Bukayo Saka dan Declan Rice berikutan keputusan seri 1-1 di Chelsea semalam.
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan lebih awal mengenai masalah di kakinya, manakala Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal selepas beraksi dengan ibu jari kaki yang patah.
Walaupun kecederaan mereka menjadi masalah buat Arteta, kedua-duanya masih disenaraikan skuad England untuk menentang Greece dan Republik Ireland.
Ia boleh menjadi tamparan buat pengurus sementara England, Lee Carsley sambil Arteta meragui anak buahnya itu mampu menghulurkan sumbangan.
“Ia kelihatan tidak bagus kerana bagi dua pemain utama seperti mereka dan minta untuk dikeluarkan adalah luar biasa,” kata Arteta kepada pemberita selepas perlawanan.
"Saya tidak menjangka mereka akan cergas untuk rehat antarabangsa kerana jika tidak, mereka tidak akan dikeluarkan."
We've been forced into a substitution... Saka Jesus 1-1 (81) pic.twitter.com/mXLMkL9MgN
— Arsenal (@Arsenal) November 10, 2024
Saka sudah terlepas dua perlawanan untuk The Gunners musim ini selepas dilanda kecederaan ketika rehat antarabangsa sebelum ini.
Kelab London itu berdepan senarai kecederaan pemain utama yang panjang termasuk Martin Odegaard, yang membuat kemuncalan semulanya sejak tersisih Ogos lalu.
“Apa yang saya doakan ialah selepas rehat antarabangsa, kami mempunyai pasukan yang lengkap daripada segi fizikal, bersedia dan cergas memandangkan ia telah menjadi mimpi ngeri buat kami selama lapan minggu lalu,” tambahnya.
"Keraguan demi keraguan, isu demi isu, ia bukan sahaja melanda pemain tercedera malah yang yang boleh beraksi."
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Mikel Arteta
#Bukayo Saka cedera
#Declan Rice cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan