awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Premier: PDRM bangkit tumpaskan Perak

Bernama
Bernama
20/03/2022
21:30 MYT
Liga Premier: PDRM bangkit tumpaskan Perak
Pemain pasukan Perak FC Alif Zikri (tengah) mengawal bola ketika menentang pemain pasukan PDRM FC pada saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam tadi. --fotoBERNAMA
IPOH: PDRM FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak FC 3-1 dalam aksi tunggal Liga Premier yang berlangsung di Stadium Perak di sini malam tadi.
Penyerang import dari Kyrgyzstan Mirbek Akhmataliev muncul wira buat skuad The Cops apabila menjaringkan dua gol bagi melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga kedua liga.
Perak yang beraksi di halaman sendiri bermula cemerlang dalam memanfaatkan peluang itu apabila memulakan jaringan pada minit ke-13 menerusi Royyizat Daud.
PDRM bingkas bangkit namun tampak longlai di bahagian serangan apabila cubaan demi cubaan tidak berhasil menerobos gawang Perak sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.
Bersambung babak kedua, PDRM mulai menemui rentak untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Martin Adamec pada minit ke-64 sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.
Tidak mahu terhenti di situ, asakan demi asakan PDRM membuahkan hasil apabila jaringan Mirbek pada minit ke-74 dan ke-78 cukup membuatkan mereka pulang selesa dengan tiga mata penuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Premier
#PDRM
#Perak FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan