awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Kemenangan sulung Penang FC musim ini

Bernama
Bernama
22/06/2022
21:15 MYT
Liga Super: Kemenangan sulung Penang FC musim ini
Pemain pasukan Terengganu FC Kpah Sean Sherman (kanan) bersama pemain pasukan Pulau Pinang Rafael Vitor Santos De Freitas ketika beraksi pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Penang FC mengutip tiga mata sulung dalam perlawanan Liga Super 2022 musim ini setelah menumpaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Kemenangan pertama dilakar bimbingan Zainal Abidin Hassan musim ini menyaksikan mereka kini berada di tangga ke-11 liga dengan tujuh mata selepas 10 perlawanan.
Pada babak pertama, Penang berjaya mengawal permainan apabila Hilal El-Helwe menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-23 selepas menerima hantaran daripada Muhamad Faizat Mohamad Ghazli.
Jaringan tersebut merupakan gol kelima peribadi pemain kelahiran Lubnan itu pada saingan Liga Super musim ini.
Skuad Harimau Kumbang itu kelihatan lebih bersemangat untuk memperbaiki kedudukan tercorot mereka di liga, bagaimanapun, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohamad Faisal Abdul Halim pada masa tambahan babak pertama minit ke-48.
Bagaimanpun, dua minit kemudian, T. Saravanan berjaya menjaring gol kemenangan pasukan tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh.
Selepas ini, Penang FC akan menentang Selangor FC pada 16 Julai di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala Terengganu FC akan berdepan Negeri Sembilan FC pada 29 Jun di Stadium Tunku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Penang FC
#Liga Super
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan