awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe

Bernama
Bernama
01/04/2023
03:00 MYT
Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, berbekalkan adunan pemain kebangsaan di dalam skuad Selangor FC, ia menjadi pemangkin kepada kejayaan dicipta ke atas KL City malam tadi. - Foto Facebook Selangor FC
KUALA LUMPUR: Kepulangan 13 pemain Selangor FC daripada menyahut panggilan skuad Harimau Malaya ternyata melegakan skuad Gergasi Merah itu apabila pasukan itu menundukkan Kuala Lumpur (KL) City pada perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Menurut ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.
"Ia merupakan kemenangan penting dalam aksi derbi Lembah Klang dengan pasukan masing-masing mahu memburu kemenangan. Bukan sesuatu yang mudah kerana baru semalam saya dapat mengumpulkan kesebelasan terbaik pasukan.
"Namun kita berjaya meraih kemenangan itu dan saya yakin ia boleh menjadi pembakar semangat pasukan untuk terus mencipta kemenangan dalam aksi liga selepas ini," katanya dalam sidang media selepas mencatat kemenangan menewaskan seteru setempat Kuala Lumpur (KL) City FC 3-1 malam tadi.
Cheng Hoe berkata berbekalkan adunan pemain kebangsaan di dalam skuadnya turut menjadi pemangkin kepada kejayaan dicipta ke atas KL City.
"Kebanyakan mereka telah bermain di perlawanan antarabangsa dan ia sedikit sebanyak membantu daripada segi keyakinan pasukan ini serta berhasil membawa permainan ke tahap lebih baik," katanya.
Selangor dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC pada Selasa ini. Skuad Gergasi Merah itu kini menduduki tempat ketiga di belakang Sabah FC di tempat kedua dengan masing-masing berkongsi 13 mata. Johor Darul Ta'zim (JDT) mengungguli carta dengan 18 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Selangor FC
#KL City FC
#Tan Cheng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan