awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim

Astro Arena
Astro Arena
03/04/2023
22:00 MYT
Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim
Abdul Azim berkata, sehingga hari ini, Perak masih yakin dengan keupayaan Teong Kim (gambar), seiring dengan kontrak dua tahun yang telah diberikan kepadanya. - Foto Facebook Perak Football Club
PENGERUSI Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, menegaskan kelab itu bertindak profesional mengenai sebarang keputusan drastik dari pihak pengurusan ke atas status Datuk Lim Teong Kim. Begitupun, perubahan pasukan perlu berlaku dari masa ke semasa.
Ramai yang mempersoalkan sejauh mana kemampuan sebenar Teong Kim yang membawa wajah baru Sang Seladang musim ini berikutan keputusan dalam saingan Liga Super yang tidak memberangsangkan, sekali gus meletakkan mereka dalam situasi kurang baik.
"Kena beri masa kerana (proses) ini akan memakan masa yang lama. Ibaratnya kota Rom tidak dibina sehari. Jadi tunggulah.
"Kontraknya adalah selama dua tahun, itulah jangka masa yang kami berikan kepadanya.
"Tapi baru beberapa bulan kita dah cari pasal, saya ingat ini tidak profesional lagi," katanya di Nadi Arena.
Sehingga ke saat ini, Perak masih yakin dengan keupayaan Teong Kim, seiring dengan kontrak dua tahun yang telah diberikan kepada bekas penolong jurulatih Bayern Nunich B-19 itu.
Tambah Azim, Perak memilih untuk bersikap relevan dan enggan terburu-buru dalam membuat keputusan memandangkan barisan pemain yang ada juga masih muda dan perlu lebih banyak pendedahan.
"Kami berikan tempoh 3-5 tahun, saya sudah jelaskan kepada penyokong.
"Dalam 1-2 tahun terawal, kami tidak sasar kedudukan 2-3 terbaik, kedudukan pertengahan pun sudah cukup.
"Dan apabila sudah bina pasukan, sebaik masuk ke fasa tiga, kami akan tingkatkan prestasi," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Azim Zabidi
#Lim Teong Kim
#Perak FC
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan