awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri

Bernama
Bernama
08/11/2023
22:45 MYT
Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri
Sri Pahang berusaha menggandakan usaha untuk mencipta jaringan sehingga babak akhir tetapi keputusan 2-3 berpihak kepada PDRM kekal sehingga wisel penamat ditiup. - Foto Facebook/Sri Pahang FC
KUANTAN: Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.
Selaku tuan rumah, Sri Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan deras Kpah Sean Sherman untuk menewaskan penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid.
PDRM kemudian bangkit menyamakan kedudukan 1-1 melalui Bruno Junichi Suzuki yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35.
Penalti diberikan kepada pasukan pelawat ekoran bola terkena tangan pemain Sri Pahang, Kevin Langbehn Ingreso.
Pada minit ke-42, Dzulfahmi Abdul Hadi menghadiahkan gol kedua untuk PDRM menerusi tendangan kencangnya selepas menyambut hantaran Bruno.
Selang empat minit, Bruno meledak gol ketiga PDRM setelah menerima hantaran Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Pada minit ke-67, tonggak pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo mengurangkan defisit gol apabila mencipta jaringan menerusi sepakan penalti selepas Zuhair Mohd Nazri dikasari.
Sri Pahang berusaha menggandakan usaha untuk mencipta jaringan sehingga babak akhir tetapi keputusan 2-3 berpihak kepada PDRM kekal sehingga wisel penamat ditiup.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Sri Pahang FC
#PDRM FC
#Stadium Darul Makmur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan