awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata
Kes kecederaan dalam kalangan 'weekend warriors' semakin meningkat
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: TFC kongsi mata dengan The Cats di SSMZA

Bernama
Bernama
05/12/2025
23:30 MYT
Liga Super: TFC kongsi mata dengan The Cats di SSMZA
Pemain TFC Ubaidullah Shamsul Fazili melepaskan rembatan ke gawang Kuching City FC pada aksi Liga Super 2025-2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) dan Kuching City FC sekadar berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.

Ringkasan AI
  • Terengganu FC dan Kuching City FC bermain seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
  • Kuching City FC unggul terlebih dahulu menerusi gol Petrus Shitembi pada minit ke-44.
  • TFC menyamakan kedudukan menerusi gol penyelamat Engku Muhammad Nur Shakir pada masa kecederaan, diiringi insiden pergaduhan dan dua kad merah di penghujung perlawanan.

Pasukan pelawat mempamerkan permulaan agresif apabila hampir membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi percubaan Ahmad Danial Ahmad Asri, namun bola sekadar melewati sebelah kiri gawang.
Pasukan tuan rumah yang melakukan serangan balas beroleh peluang pada minit ke-15 menerusi percubaan Rianderson Da Costa atau lebih dikenali sebagai Careca, namun rembatan terlalu tinggi menggagalkan peluang mencipta jaringan.
Gabriel Silva beroleh dua peluang keemasan untuk merobek gawang pelawat, namun disia-siakan.
Ketika aksi babak pertama tampak menuju rehat tanpa gol, Petrus Shitembi menjadi pemusnah harapan tuan rumah apabila meledak gol pada minit ke-44 untuk meletakkan The Cats di depan 1-0.
Babak kedua menyaksikan TFC hampir menyamakan kedudukan menerusi pemain lincah Muhammad Akhyar Rashid, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati beliau berada dalam kedudukan ofsaid.
Pada minit ke-50 Kuching City FC hampir menggandakan kedudukan tetapi rembatan jarak jauh Muhammad Daniel Amir Norhisham sekadar menggegar palang.
Usaha tanpa henti TFC akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob, muncul penyelamat dengan gol penyamaan pada masa kecederaan, sekali gus menghidupkan sorakan lebih 1,000 penyokong tuan rumah.
Aksi tegang di penghujung permainan bertukar panas apabila berlaku insiden pergaduhan, menyaksikan dua pemain -- pertahanan Kuching City, Filemon Anyie dan pemain TFC, Muhammad Safwan Mazlan -- dilayangkan kad merah.
Perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#Liga Super
#Terengganu FC
#TFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan