awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga-M kekal dahului Singapura, Indonesia ranking kelab AFC

Astro Arena
Astro Arena
27/06/2021
22:14 MYT
Liga-M kekal dahului Singapura, Indonesia ranking kelab AFC
Liga Super mempunyai wakil dalam ACL menerusi JDT - selaku juara Liga Super - yang sedang berjuang dalam Kumpulan G di Thailand. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
KUOTA untuk pasukan Liga Malaysia (Liga-M) merebut tiket Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC masih kekal, sekali gus menafikan khabar angin bahawa sudah dipintas Indonesia dan Singapura dalam sistem ranking kelab dunia.
Ia selepas terdapat beberapa laporan yang mengaitkan ranking Liga-M semakin merosot dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengesahkan ura-ura itu tidak tepat.
Laman sesawang rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memaparkan liga tempatan negara yang berada di ranking keempat kekal di belakang liga Thailand, Filipina dan Vietnam.
"Tempoh pengiraan tempoh empat tahun ini memberikan kesamarataan (untuk mengukur) prestasi kelab secara purata.
"(Contohnya sesebuah kelab itu) bukan hanya menyerlah tahun ini maka mereka akan dapat tiga, empat slot.
"Langkah pengiraan selama empat tahun ini adalah untuk mendapatkan anggaran yang tepat dan betul," katanya dalam temu bual di Nadi Weekend, malam tadi.
Liga Super mempunyai wakil dalam ACL menerusi Johor Darul Ta'zim (JDT) -- selaku juara Liga Super-- yang sedang berjuang dalam Kumpulan G di Thailand sementara status membabitkan Kedah Darul Aman dan Terengganu dalam Piala AFC musim 2021 bakal terjawab minggu depan.
Menurutnya lagi, kedudukan ranking kelab itu akan dinilai pada hujung tahun ini berdasarkan prestasi wakil negara masing-masing.
"Semua liga memerlukan masa untuk slot-slot itu ditawarkan ke peringkat domestik.
"Tahun ini ia sudah ditawarkan kepada pasukan di Malaysia iaitu satu slot ke Liga Juara-Juara Asia dan dua lagi untuk Piala AFC.
"Perkara ini tidak boleh diubah di pertengahan musim, pengiraan mata pada hujung tahun 2021 akan membabitkan kedudukan 2023.
"Pada masa ini, saya yang juga duduk dalam Jawatankuasa Pertandingan AFC akan pastikan perkara ini diteliti."
Thailand menghuni tangga kelapan ranking kelab AFC dan Malaysia menduduki tangga ke-18 dengan pungutan 26.96 mata, satu slot di depan Singapura (26.607) sementara Indonesia di tempat ke-28.
Topic Berkaitan
#Liga-M
#Liga Malaysia
#khabar angin
#Indonesia
#Liga Juara-Juara Asia
#kuota
#afc
#stuart ramalingam
#Thailand
#JDT
#FAM
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan