KUALA LUMPUR: Dua pengadil yang mencetuskan kontroversi dalam aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, telah dikenakan tindakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FAM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengadil aksi Liga Super di antara Melaka United dan PJ City FC, Mohd Fairuzi Mat Desa dikenakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan selama dua minggu secara serta-merta.
Beliau juga akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas.
"Dia perlu bermula dari liga divisyen bawah dan hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap yang memuaskan," menurut kenyataan itu.
Mohd Fairuzi yang mempunyai pengalaman mengadili Liga-M sejak 2015, didapati gagal mengesan tindakan simulasi atau 'diving' pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri di dalam kotak penalti untuk menghadiahkan sepakan penalti pada Rabu lalu.
Ahmad Khairil, yang lebih dikenali sebagai Beto dan pemain Melaka United Alex dos Santos Goncalves yang sengaja membaling bola ke arah pengadil selepas meraikan gol kedua pasukan pada penghujung perlawanan, dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video.
Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berkesudahan dengan keputusan terikat 2-2.
Sementara itu, pengadil perlawanan Liga Premier di antara Kelantan FC dan Perak FC II pada 6 Mac, Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin didapati berada di kedudukan yang salah di dalam kotak penalti sehingga menyebabkan beliau ditolak oleh penyerang Kelantan FC, Jack Hindle.
"Biarpun secara keseluruhan prestasinya sepanjang perlawanan tersebut adalah memuaskan berdasarkan laporan daripada Penilai Pengadil, beliau akan dirujuk kepada Nagor Amir untuk mengikuti program penambahbaikan.
"Ia bagi memperbaiki keupayaan jangkaan permainan, posisi dan pergerakan dalam permainan dan hanya akan diberi lantikan semula untuk mengadili perlawanan akan datang selepas selesai program penambahbaikan dan penilaian dibuat terhadapnya," menurut FAM.
Penyerang import Inggeris itu pula dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video ekoran tindakannya menolak pengadil secara agresif selepas berang dengan pengadil berada di kedudukan yang menghalang percubaannya.
Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu menyaksikan Perak FC II pulang dengan tiga mata menerusi kemenangan 1-0.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
FAM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengadil aksi Liga Super di antara Melaka United dan PJ City FC, Mohd Fairuzi Mat Desa dikenakan penggantungan. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.
City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
FAM hantar enam pengadil muda berguru di Arab Saudi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited meningkatkan mutu pegawai perlawanan tempatan apabila menghantar enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok hingga 27 Okt ini.
VAR rumitkan permainan bola sepak - Postecoglou
Kumpulan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Ltd sebelum itu mengakui keputusan pegawai pertandingan adalah tidak tepat.
Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.
VAR bukan penyelesaian mutlak - Stuart Ramalingam
Katanya, liga di negara lain seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah mengimplementasikan VAR masih berdepan masalah.
TFC kemuka aduan kepada FAM
Ab Rasid mengulas insiden kad merah diterima skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner semasa melayan kunjungan JDT pada Jumaat.
Pengadil dapat lesen VAR seawal Ogos
Seramai 30 pengadil dan pembantu pengadil akan dihantar untuk mengikuti kursus VAR dalam masa terdekat.
'Tak usah pertikai 12 kad merah'
Pihaknya puas hati dengan setiap keputusan yang dibuat pengadil dalam melayangkan semua kad merah itu, menganggapnya satu tindakan tepat.