awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ligue 1: Kylian Mbappe berang PSG salah guna imejnya

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2023
03:55 MYT
Ligue 1: Kylian Mbappe berang PSG salah guna imejnya
Ulasan Mbappe itu hadir di sebalik pergelutan prestasi PSG yang menempa tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir termasuk terkandas dalam Liga Juara-Juara (UCL). - Stadium Astro
KYLIAN Mbappe membidas Paris Saint-Germain (PSG) berhubung video promosi terbaharu membabitkan tiket bermusim mereka selepas dia kerap diketengahkan dalam kempen itu.
Penyerang itu menandatangani kontrak baharu bersama juara Ligue 1 berkenaan tahun lalu selepas menolak perpindahan ke Real Madrid.
Tetapi walaupun terikat hingga 2025, masa depan penyerang Perancis itu terus menimbulkan spekulasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah prestasi goyah skuad kendalian Christophe Galtier tersebut.
Mbappe bertindak menyuarakan kekecewaannya kerana menjadi tumpuan utama dalam usaha mempromosikan tiket bermusim PSG itu.
Malah, penyerang itu berikrar untuk melindungi hak imejnya.
"Saya hanya mengambil bahagian ketika hadir dalam kempen langganan semula kelab untuk musim 2023-2024.
“Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai kandungan temu bual itu.
"Ia kelihatan seperti wawancara biasa ketika hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang diterbitkan ini. Itulah sebabnya saya memperjuangkan hak imej individu.
"PSG merupakan kelab besar dan keluarga besar, tetapi ia bukan Kylian Saint-Germain," katanya.
Ulasan Mbappe itu hadir di sebalik pergelutan prestasi PSG yang menempa tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir termasuk terkandas dalam Liga Juara-Juara (UCL). -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#PSG
#Ligue 1
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan