awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi disambut meriah di Stadium Parc des Princes

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2021
23:31 MYT
Lionel Messi disambut meriah di Stadium Parc des Princes
Lionel Messi berucap ketika diperkenalkan sebelum perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Strasbourg, di Stadium Parc des Princes, Paris, 14 Ogos, 2021. (Foto AP)
STADIUM Parc des Princes bergema selepas Paris Saint Germain (PSG) mempamerkan penyerang prolifik Lionel Messi kepada penyokong tuan rumah, pada Sabtu.
Ini menjelang pertemuan dalam Ligue 1 bersama Strasbourg.
"Selamat petang. Sebenarnya, ini adalah minggu yang istimewa bagi saya. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang di sini kerana menyambut saya sejak saya tiba di Paris.
"Sejujurnya, ini sangat luar biasa, saya sangat gembira dan teruja untuk berada di sini. Saya sangat gembira untuk menjalani pengalaman baharu yang akan saya jalani di sini.
"Saya mempunyai banyak keinginan dan berharap semoga bersama-sama kita dapat menikmati tahun ini dan semoga ia menjadi tahun yang baik untuk kita. Saya benar-benar berharap untuk semua ini," kata Messi.
Pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak bersama kelab Perancis itu minggu ini dalam perjanjian selama dua tahun.
Bagaimanapun, Messi dijangka tidak menyertai perlawanan bersama Strasbourg selepas baru kembali daripada aksi perlawanan antarabangsa bersama Argentina.
Perpindahan itu mengakhiri karier Messi selama 20 tahun bersama Barcelona.
Pemain itu telah bermain 778 perlawanan, menjaringkan 672 gol dan membantu kelab itu memenangi 35 trofi termasuk 10 gelaran La Liga dan empat gelaran Liga Juara-juara.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#PSG
#Stadium Parc des Princes
#Strasbourg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan