awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool lengkapkan perpindahan Darwin Nunez daripada Benfica

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2022
05:26 MYT
Liverpool lengkapkan perpindahan Darwin Nunez daripada Benfica
Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai The Reds dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £64 juta (RM339.66 juta). - Stadium Astro
LIVERPOOL melengkapkan proses menandatangani Darwin Nunez daripada Benfica, dimana penyerang itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Anfield.
Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai The Reds dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £64 juta (RM339.66 juta) di samping bayaran tambahan yang boleh mencecah £21.4 juta (RM113.57 juta).
Bercakap dalam laman sosial kelab itu sebaik perpindahannya dilengkapkan secara rasmi, Nunez berkata: "Saya amat gembira dan berbesar hati untuk berada di sini bersama Liverpool. Ia sebuah kelab yang amat besar.
"Saya pernah bermain menentang Liverpool dan saya banyak menyaksikan perlawanan mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan ia amat sesuai dengan cara permainan saya.
"Terdapat ramai pemain hebat di sini dan saya fikir ia akan sesuai dengan cara permainan saya di sini," katanya.
Nunez menyertai Benfica daripada pasukan divisyen dua Liga Sepanyol, Almeria, pada 2020 sebelum menjaringkan 45 gol daripada 85 perlawanan, di mana 61 daripadanya sebagai kesebelasan utama buat kelab Primeira Liga itu.
Pemain berusia 22 tahun itu turut memperoleh kempen prolifik sepanjang musim 2021-22, di mana dia menjaringkan 34 gol daripada 41 perlawanan.
Liverpool, dalam pada itu, mengesahkan bahawa Nunez akan menyarung jersi nombor 27 di Anfield.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Darwin Nunez
#Liverpool
#Benfica
#The Reds
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan