awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lopetegui enggan beri ulasan lanjut

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2018
02:24 MYT
Lopetegui enggan beri ulasan lanjut
LOPETEGUI: Saya harap Sepanyol beraksi hebat di Piala Dunia dan tidak akan memperkatakan sebarang perkara lain. - Foto Astro ARENA
JULEN Lopetegui tidak mahu memberikan komen panjang dan hanya mengucapkan selamat maju jaya buat Sepanyol selepas dirinya dipecat skuad La Roja, beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula.
Lopetegui dipecat daripada jawatan ketua jurulatih buat juara Piala Dunia 2010 itu pada Rabu selepas Real Madrid mengesahkan dia bakal bertindak sebagai pengendali Los Blancos selepas berakhir aksi di Russia, sehari sebelum itu.
Dia bakal digantikan oleh Fernando Hierro untuk menghadapi saingan Piala Dunia dan ujian buat individu yang memegang jawatan pengarah sukan Sepanyol sejak November lalu itu bakal bermula dengan aksi pertama peringkat kumpulan berdepan Portugal pada awal pagi Sabtu.
Sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Krasnodar, dia dikerumuni oleh kelompok wartawan, namun menolak untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut.
"Saya harap Sepanyol beraksi hebat di Piala Dunia dan tidak akan memperkatakan sebarang perkara lain," katanya.
Sepanyol diundi dalam kumpulan B bersama Portugal, Iran dan Maghribi.
Topic Berkaitan
#Awani FIFA
#bola sepak
#fernando hierro
#Julen Lopetegui
#komen
#Piala Dunia
#Real Madrid
#selamat maju jaya
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan