Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 tetap akan berlangsung seperti dijadualkan walaupun bakal mengalami pengurangan peruntukan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal menjelaskan pihaknya bersedia dengan sebarang pengurangan geran daripada KBS dan beberapa aspek akan diteliti bagi menjimatkan kos, namun kualiti penganjuran tetap akan dititik beratkan.
"Dari segi laluan, kemungkinan besar kita tidak akan memasuki Langkawi dalam usaha untuk mengurangkan kos.
"Kalau kita masuk ke Langkawi, ia menelan belanja RM1.5 juta dan jika jumlah itu digunakan untuk memperbaiki kualiti penganjuran, itu lebih baik," katanya selepas pelancaran acara berbasikal, Cabaran Pulau Indah 180 di sini, pada Rabu.
Pada penganjuran LTdL tahun ini, KBS memberi peruntukan RM11 juta daripada jumlah keseluruhan penganjuran yang menelan kos RM15.5 juta.
Emir berkata laluan pada LTdL 2017 akan berkait dengan penajaan, berikutan terdapat beberapa negeri pada tahun hadapan adalah tahun melawat negeri berkenaan, dan mungkin laluan peringkat pertama akan beralih ke negeri yang memberi penajaan kepada kejohanan tersebut.
"Perbincangan dengan negeri berkenaan juga memasuki proses terakhir dan sekiranya persetujuan dicapai, laluan peringkat pertama dan pra kejohanan akan berlangsung di negeri tersebut," katanya.
Selain itu, Emir menjelaskan laluan Genting Highlands kemungkinan besar tidak tersenarai dalam perlumbaan itu kerana beberapa kawasan di situ yang masih mengalami kerja-kerja menaik taraf.
"Kawasan penamat di Genting Highlands tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembinaan di sana dan kita terikat dengan standard UCI (Kesatuan Berbasikal Dunia)," katanya.
Beliau juga memaklumkan semua pasukan ternama dari Asia serta beberapa pasukan Pro Tour dan Pro Benua sudah hampir pasti menyertai LTdL 2017.
"Namun seperti kebiasaan, kita akan letakkan kuota untuk penyertaan pasukan dari Asia," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Pada penganjuran LTdL tahun ini, KBS memberi peruntukan RM11 juta daripada jumlah keseluruhan penganjuran yang menelan kos RM15.5 juta. - AFP/Fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
LTDL 2023: Dua pasukan WorldTeam tukar pelumba saat akhir
Beberapa pasukan LTdL 2023 membuat pertukaran pelumba di saat akhir dalam usaha mencongak strategi perlumbaan.
Penganjur LTDL pastikan perlumbaan bersih daripada unsur doping
Penganjur perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 akan memastikan peserta benar-benar bersih daripada penggunaan dadah terlarang dalam perlumbaan, yang bermula 22 Feb ini.
LTdL 2017 tetap dianjur, Langkawi dan Genting Highlands bakal diketepikan
Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2017 tetap akan berlangsung seperti dijadualkan walaupun bakal mengalami pengurangan peruntukan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan.