KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan membuka tirai Sabtu ini kian terasa, apabila beberapa pasukan membuat pertukaran pelumba di saat akhir dalam usaha mencongak strategi perlumbaan.
Ketua Pegawai Operasi LTdL Emir Abdul Jalal berkata antara yang berbuat demikian adalah dua pasukan berstatus WorldTeam, EF Education-Easypost dari Amerika Syarikat dan Astana Qazaqstan Team dari Kazakhstan.
"Astana telah membuat pertukaran pelumba membabitkan Michelle Gazzoli yang digantikan dengan Leonardo Basso, sementara EF Education membabitkan pertukaran pelumba Jerman, Georg Steinhauser kepada pelumba berkaliber Norway, Odd Christian Eiking.
"Eiking dia sangat popular pada tahun 2021 di mana beliau memegang jersi merah Vuelta a Espana selama tujuh peringkat dari peringkat ke-10 hingga ke-16 iaitu satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang pelumba, jadi dia antara nama besar buat LTdL tahun ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Emir pihaknya berdepan masalah dari sudut pengurusan logistik susulan pertukaran itu, namun tidak mempunyai pilihan kerana menurut peraturan sedia ada, pasukan bertanding berhak melakukan pertukaran 72 jam sebelum mesyuarat pengurus bersidang esok.
"Apa yang saya nampak ini merupakan lebih kepada strategi mereka untuk memberikan saingan pada perlumbaan LTdL. Saya tak dengar pun Georg Steinhauser atau Michele Gazzoli terlibat dalam kecederaan," katanya.
LTdL 2023 dari 23 hingga 30 Sept, menampilkan sebanyak 22 pasukan mengambil bahagian diketuai Astana dan EF Education, manakala Euskaltel-Euskadi antara lapan pasukan ProTeam selain 11 pasukan Continental termasuk Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan skuad kebangsaan.
Edisi kali ini menyaksikan laluan melibatkan 11 negeri dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu (184.4 kilometer ((km); Peringkat 2 Kuala Terengganu-Kota Bharu (186.2km); Peringkat 3 Jeli-Baling (177.1km); Peringkat 4 Bukit Mertajam-Meru Raya (140km); Peringkat 5 Slim River-Genting Highlands (133.3km); Peringkat 6 Karak-Melaka (176.6km); Peringkat 7 Muar-Seremban 2 (125.7km) dan Peringkat 8 Setia Alam-Kuala Lumpur (157km).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Emir berkata antara yang berbuat demikian adalah dua pasukan berstatus WorldTeam, EF Education-Easypost dari Amerika Syarikat dan Astana Qazaqstan Team dari Kazakhstan. - Gambar fail/Bernama
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.
De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.
LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.