awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2024 dijadual pada September atau Oktober

Bernama
Bernama
14/09/2023
21:00 MYT
LTdL 2024 dijadual pada September atau Oktober
Amarjit berkata, tiada perancangan untuk saingan berprestij itu kembali ke tarikh asal pada Februari atau Mac. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi tahun depan, dijangka kekal diadakan pada September atau Oktober, kata Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Datuk Amarjit Singh.
Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata setakat ini, tiada perancangan untuk saingan berprestij itu kembali ke tarikh asal pada Februari atau Mac, kerana menyifatkan saingan pada penghujung tahun merupakan waktu terbaik bagi menganjurkan perlumbaan bertaraf ProSeries itu.
"Saya rasa pada ketika ini kita, selesa dengan tarikh di hujung tahun, untuk tahun depan kita cadangkan pada September dan awal Oktober, tarikh-tarikh itu dalam proses kelulusan daripada UCI," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan rakan penaja perdana LTdL 2023, di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Amarjit berkata penetapan tarikh tersebut penting bagi menarik lebih banyak penyertaan pasukan dari luar negara, terutamanya berstatus World Team, untuk mengatur jadual perlumbaan masing-masing bagi musim depan.
"Dalam masa dua tiga tahun lagi akan ada pembaharuan semula untuk kalender ProSeries, jadi kena tunjukkan misalnya kita ada siaran langsung dan sebagainya, organisasi yang stabil. Ini akan memudahkan proses pembaharuan semula (jadual perlumbaan).
"Saya rasa tiga tahun akan datang, penganjur yang sama, Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan dan Petronas, ini menjadikan ia lebih mudah dan perancangan boleh dimulakan lebih awal," katanya.
Perlumbaan LTdL kebiasaannya diadakan pada Febuari dan Mac sejak pertama kali penganjurannya pada 1996 hingga 2020, namun berikutan wabak COVID-19 dan kalendar kejohanan berbasikal lain menjadikan perlumbaan tersebut ditangguhkan kepada Oktober pada 2022.
Terdahulu, penganjur LTdL hari ini mengumumkan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai penaja perdana, perlumbaan tersebut.
LTdL 2023, yang akan menampilkan 132 pelumba daripada 22 pasukan, dijadual berlangsung dari 23 hingga 30 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#COVID19
#Petronas
#waktu terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan