awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lukaku beri bayangan tinggalkan United

Astro Arena
Astro Arena
28/07/2019
02:00 MYT
Lukaku beri bayangan tinggalkan United
Lukaku telah menjaringkan 28 gol dalam 66 penampilan di pentas Liga Perdana Inggeris sejak datang daripada Everton dua tahun lalu. - Foto fail/AP
ROMELU Lukaku memberi bayangan dia bakal meninggalkan Manchester United selepas menyiarkan gambar swafoto bersama ejennya.
Bintang Belgium itu memuat naik gambarnya bersama Federico Pastorello di Twitter semalam dan berkata: "Akan bersambung tidak lama lagi."
Gambar itu menghangatkan spekulasi dia bakal berhijrah keluar dari Old Trafford sambil Serie A mungkin menjadi destinasinya.
Pengendali Inter Milan, Antonio Conte, mengesahkan dia berminat mendapatkan bekas pemain Chelsea dan Everton itu tetapi mendakwa United telah menolak bidaan awal Nerazzurri kerana mahukan yuran bernilai GBP75 juta (RM382 juta).
Juventus juga dikatakan berminat dengan pemain berusia 26 tahun itu sambil wujud laporan di England dan Itali kelmarin bahawa mereka bersedia menawarkan Paulo Dybala sebagai pertukaran.
April lalu, Lukaku mengakui dia mahu beraksi dalam saingan Serie A dan menyifatkan Conte sebagai pengendali terbaik dunia bulan lalu.
Lukaku telah menjaringkan 28 gol dalam 66 penampilan di pentas Liga Perdana Inggeris sejak datang daripada Everton dua tahun lalu tetapi pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, lebih cenderung meletakkan Marcus Rashford sebagai penyerang utama.
Minggu lalu, Solskjaer menyifatkan Lukaku sebagai penggempur hebat di dunia tetapi sudah menyesuaikan diri tanpanya ketika pramusim akibat kecederaan.
United telah mengatasi Perth Glory, Leeds United, Inter Milan dan Tottenham Hotspur ketika pramusim tatkala Anthony Martial, Mason Greenwoo dan Rashford meletaakkan nama dalam senarai penjaring.
Mereka akan menentang Kristiansund dua hari lagi sebelum berdepan AC Milan bagi aksi terakhir Piala Juara-Juara Antarabangsa di Cardiff 3 Ogos depan.
Kempen Liga Perdana Inggeris akan dimulakan di Chelsea, lapan hari kemudian.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#England
#Federico Pastorello
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Old Trafford
#Romelu Lukaku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan