awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
432 anggota pasukan tindakan kecemasan dikerah sempena Tahun Baharu Cina - PLUS
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luton Town mula sesuaikan diri tekanan EPL

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2023
23:50 MYT
Luton Town mula sesuaikan diri tekanan EPL
Rob Edwards (kiri) meraikan bersama Pelly Ruddock Mpanzu selepas tamat perlawanan EPL antara Everton dan Luton Town di Goodison Park, Liverpool, Britain, 30 Sept 2023. - REUTERS
PENGENDALI Luton Town, Rob Edwards memuji keupayaan pasukannya menyesuaikan diri dengan tekanan Liga Perdana Inggeris apabila meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Everton 2-1 di Goodison Park.
Setelah memperoleh mata pertama ketika mengikat Wolverhampton Wanderers minggu lalu, anak buah Edwards bertahan untuk menentang asakan sengit Toffees dengan gol dijelmakan Tom Lockyer (m-24) dan Carlton Morris (m-31) sebelum Dominic Calvert-Lewin mengurangkan defisit pada minit ke-41.
“Kami telah meningkat dalam setiap perlawanan dan jika orang mengambil berat untuk melihat kami pada perlawanan pertama dan mengikuti kami dalam beberapa perlawanan seterusnya mereka akan melihat peningkatan dalam setiap perlawanan.
“Hari ini kami mendapat kemenangan pertama di tempat lawan dalam perlawanan yang sukar untuk kami, tetapi jangan terbawa-bawa. Akhirnya ia adalah satu kemenangan, tiga mata,” kata Edwards.
Dipimpin persembahan bertenaga daripada Alfie Doughty dan Chiedozie Ogbene, The Hatters bertahan dengan bijak pada separuh masa kedua, berusaha untuk memenangi lontaran ke dalam bagi melegakan tekanan dan cuba menahan bola, bukannya hanya melepaskannya, jelas Edwards.
“Apa yang saya lihat ialah pasukan yang sedang belajar, ia berkembang dan menyesuaikan diri sepanjang masa. Dan saya fikir kami berkembang dan saya suka perjalanan yang kami lalui pada masa ini. Ia adalah hari yang sangat awal, tetapi kami sedang maju,” kata Edwards. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Luton Town
#Everton
#Rob Edwards
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan