awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Internet disekat dua minggu, pendapatan rakyat Iran terjejas teruk
Scotland ganti Bangladesh dalam Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Trump buat 'u-turn', kali ini Presiden AS puji tentera UK selepas cetus kemarahan isu Afghanistan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M7: SRG akhiri saingan di tempat ketiga

Bernama
Bernama
24/01/2026
22:10 MYT
M7: SRG akhiri saingan di tempat ketiga
Hasrat Selangor Red Giants (SRG) untuk melangkah ke grand final Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 tidak kesampaian apabila tunduk 1-3 kepada wakil tuan rumah, Alter Ego dalam perlawanan akhir lower bracket semalam.
JAKARTA: Hasrat Selangor Red Giants (SRG) untuk melangkah ke grand final Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 tidak kesampaian apabila tunduk 1-3 kepada wakil tuan rumah, Alter Ego dalam perlawanan akhir lower bracket semalam.
Dalam pertembungan dengan format terbaik daripada lima perlawanan yang berlangsung di Stadium Tenis Tertutup Istora Senayan, di sini, SRG bermula goyah apabila tewas pada perlawanan pertama.
Bagaimanapun, wakil Malaysia itu cuba bangkit pada aksi kedua tetapi Alter Ego yang berbekalkan sokongan padu penyokong tuan rumah terus mengekalkan rentak cemerlang untuk memenangi perlawanan berkenaan.
Memasuki perlawanan ketiga, SRG kembali memperkemaskan aksi dan berjaya memenangi pertembungan itu sekali gus menyalakan semula harapan untuk layak ke grand final.
Namun, impian itu tidak kesampaian apabila Alter Ego kembali menguasai perlawanan keempat untuk melengkapkan kemenangan 3-1, sekali gus mengesahkan slot ke grand final buat kali pertama sepanjang penganjuran kejohanan tersebut.
Kekalahan itu menyaksikan SRG mengulangi pencapaian edisi lepas apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mobile Legends
#Selangor Red Giants
#mlbb
#SRG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan