awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maharaja Jepun dijangka hadir majlis pembukaan temasya Olimpik Tokyo

Bernama
Bernama
15/07/2021
04:48 MYT
Maharaja Jepun dijangka hadir majlis pembukaan temasya Olimpik Tokyo
Maharaja Naruhito selaku penaung kehormat Olimpik Tokyo turut dijadual merasmikan upacara pembukaan itu. - Gambar fail
TOKYO: Maharaja Naruhito dijangka menghadiri upacara pembukaan temasya Olimpik Tokyo di National Stadium pada 23 Julai, memetik sumber pada Rabu.
Baginda selaku penaung kehormat Olimpik Tokyo turut dijadual merasmikan upacara pembukaan itu, lapor Jiji Press.
Sementara itu, anggota keluarga diraja lain termasuk Maharani Masako mungkin membatalkan rancangan melawat beberapa gelanggang acara, kata sumber itu.
Sebelum upacara pembukaan berlangsung, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan pemimpin negara lain bakal diundang ke Istana Imperial pada 22 dan 23 Julai.
Piagam Olimpik menetapkan pembukaan Olimpik diisytiharkan oleh ketua negara yang menjadi tuan rumah kejohanan.
Pengisytiharan pembukaan Temasya Olimpik Tokyo 1964 dan Olimpik Sapporo 1972 disempurnakan Maharaja Showa, manakala Olimpik Nagano 1998 oleh Maharaja Akihito, yang ketika ini membawa gelaran Maharaja Emeritus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Olimpik
#Tokyo
#Sukan Olimpik Tokyo
#penaung
#Maharaja Naruhito
#Maharani Masako
#gelanggang
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Piagam Olimpik
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan