awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malang bertimpa, ibu Ronaldo kini bertarung melawan kanser

Agensi
Agensi
08/02/2019
13:54 MYT
Malang bertimpa, ibu Ronaldo kini bertarung melawan kanser
Dolares menyatakan keyakinannya bahawa anaknya itu tidak bersalah dalam kes tuduhan memperkosa yang dikenakan ke atas Ronaldo. - Gambar fail/AP
SUDAHLAH berdepan dengan tuduhan rogol, kini penyerang sensasi Juventus Christiano Ronaldo berdepan dengan situasi yang lebih getir dalam hidupnya apabila ibunya Dolores disahkan sedang bertarung dengan kanser payu dara.
Dolores 64 tahun sebelum ini pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan kanser di bahagian payu daranya pada 2007.
Ketika ditemu bual oleh sebuah stesen televisyen di Itali, Dolores menyatakan bahawa dia kini masih bertarung melawan penyakitnya itu sekalipun pembedahan tersebut berjaya.
Malah jelasnya beliau masih menjalani proses pemulihan sehingga sekarang.
BACA: DNA Ronaldo pada gaun mangsa dakwa dirogol?
Dolares terbang ke Itali bagi bersama anak kesayangannya itu yang menyambut harijadi Ronaldo yang ke 34 hari ini.
Maka tidak hairanlah mengapa sebelum ini Ronaldo dilihat memang ringan tangan menghulurkan dana kepada pusat-pusat kanser di merata tempat.
Malah ibunya juga berkata mereka akan terus melakukannya selagi terdaya.
“Kami juga akan membina sebuah taman di pusat rawatan kanser di hospital untuk memberikan sedikit sebanyak sokongan kepada para pesakit kanser,” katanya.
Dalam temubual tersebut beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa anaknya itu tidak bersalah dalam kes tuduhan memperkosa yang dikenakan ke atas Ronaldo.
“Saya adalah orang yang cukup kenal anak saya itu,” katanya ketika ditanya mengenai kes terbaharu membabitkan Ronaldo.
Topic Berkaitan
#anak
#bola sepak
#Dolores
#Hospital
#Itali
#kanser
#payu dara
#rogol
#Ronaldo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan