awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia anjur Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara

Bernama
Bernama
25/11/2022
09:35 MYT
Malaysia anjur Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara
Terdapat enam kategori renang akan dipertandingkan di SEAOWSC melibatkan jarak 5 km dan maraton, 10 km lelaki dan wanita serta renang berganti-ganti berpasukan campuran 4x1.5 km. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia buat julung kali akan menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) dengan penyertaan lebih 400 perenang elit dan amatur di Tasik Putrajaya dari 2 hingga 4 Feb tahun depan.
Enam negara - Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina - telah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan yang mendapat kelulusan Persekutuan Renang Asia Tenggara (SEASF).
Terdapat enam kategori renang akan dipertandingkan di SEAOWSC melibatkan jarak 5 km dan maraton, 10 km lelaki dan wanita serta renang berganti-ganti berpasukan campuran 4x1.5 km.
Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen berkata penganjuran SEAOWSC sebagai satu perkembangan yang positif dan penting bagi sukan renang perairan terbuka di Malaysia.
"Objektif utama penganjuran SEAOWSC adalah bagi membangunkan sukan renang perairan terbuka yang begitu berpotensi di rantau Asia Tenggara, di samping mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan pada Sukan SEA nanti.
"Kami mahukan SEAOWSC menjadi pentas untuk perenang di rantau ini untuk menguji kebolehan masing-masing dalam persekitaran pertandingan yang kompetitif dan selamat," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan penganjur hari ini.
Kejohanan dikelolakan Persekutuan Renang Malaysia bersama Hybrid Management Sdn Bhd itu, turut dijangka memeriahkan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan pada 1 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Renang Perairan Terbuka
#Asia Tenggara
#SEAOWSC
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan