awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal anjur Piala Suzuki AFF 2016?

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2016
10:25 MYT
Malaysia bakal anjur Piala Suzuki AFF 2016?
AZZUDDIN: Filipina menarik diri selaku tuan rumah kerana gagal memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan AFF.
TINDAKAN Filipina menarik diri sebagai tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2016, kini merintis kemungkinan buat Malaysia tampil selaku tuan rumah pengganti saingan kali ini.
Selain Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah dua lagi negara dalam senarai bersedia sekiranya salah satu tuan rumah menarik diri
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menyuarakan minat menganjurkan saingan Piala Suzuki tahun ini.
"Daripada secara tidak rasmi, maklum balas daripada FAM, mereka masih boleh menganjurkan oleh kerana di Malaysia ini kita banyak stadium. Saya juga difahamkan FAM sudah pergi ke peringkat mendapat surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) bagi mendapatkan peruntukan menggunakan stadium," katanya.
Kata putus siapa akan menjadi tuan rumah bersama Myanmar akan hanya ditentukan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFF pada 12 Mac depan.
Dalam pada itu, Azzuddin menjelaskan Filipina menarik diri selaku tuan rumah kerana gagal memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan AFF.
"Dia tidak dapat memberi kepada kita kontrak bersama pihak stadium mereka. Apa masalah dalaman mereka, saya tidak tahu. Kita sudah bagi lanjutan tarikh akhir sebanyak tiga kali, sehingga 19 Februari lalu mereka memutuskan untuk menarik diri," tambahnya.
Saingan Piala Suzuki AFF 2016 tahun ini dijadual berlangsung dari 19 November hingga 17 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Azzuddin Ahmad
#Filipina tarik diri
#malaysia tuan rumah
#Piala AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan