MALAYSIA berdepan risiko hilang 14 pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam tahun depan apabila hanya satu daripada 11 rayuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diterima.
Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) meluluskan rayuan jujitsu, triathlon, e-sukan dan boling tenpin untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 jenis sukan.
Keputusan SEAGF mengecewakan Malaysia.
Kehilangan lubuk emas seperti skuasy, boling padang, hoki dalam dewan dan bola jaring satu tamparan hebat selepas gabungan empat sukan itu menyumbang lapan emas di Filipina, tahun lalu.
Ia sudah pasti meningkatkan cabaran untuk Malaysia memperbaiki kedudukan kelima keseluruhan di Filipina, antara yang terburuk dalam sejarah.
"Dalam mesyuarat tersebut, sebilangan besar negara tidak berpuas hati dengan keputusan pihak tuan rumah yang tidak kekal dengan keputusan mereka. Pada pendapat saya, Vietnam mengambil langkah konservatif dalam penganjuran saingan kali ini," kata presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Vietnam berdepan masalah dana, venue, kemudahan dan tiada persatuan sukan kebangsaan untuk menganjurkan lebih banyak sukan.
Cuma, majoriti negara Asia Tenggara memohon Vietnam mempertimbangkan hoki dalam dewan dan polo air untuk dipertandingkan.
Astro Arena
Sat Nov 21 2020

Majoriti negara Asia Tenggara memohon Vietnam, yang berdepan masalah dana, venue dan kemudahan untuk menganjur lebih banyak sukan, mempertimbangkan hoki dalam dewan dan polo air untuk dipertandingkan.

Sindiket pelaburan saham palsu tumpas
Seramai 21 individu termasuk lapan warga China ditahan polis Pulau Pinang selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pelaburan saham antarabangsa palsu.

Isu air Sabah: 45 peratus paip di Sabah sejak zaman British
Masalah bekalan air bersih di sabah disebabkan pelbagai faktor. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, antara faktor utama ialah lebih 45 peratus paip air di Sabah dibina sejak zaman pemerintahan British.

Kes tembak gajah: Pemberi maklumat mungkin akan diberi ganjaran
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar Negeri berhubung ganjaran pemberi maklumat kes pembunuhan gajah pygmy di Tongod, pada minggu lalu.

Kebakaran | Jangan spekulasi insiden kebakaran bilik polis
Orang ramai terutamanya warganet diingatkan untuk tidak membuat spekulasi berhubung kejadian kebakaran bilik siasatan jenayah bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Georgetown pada Isnin.

Tun M: Malaysia boleh dipimpin PM wanita
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti Malaysia akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri wanita. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, proses berkenaan akan mengambil masa.

Peranti untuk PdPR | Jika Ebit Lew boleh, kenapa KPM tidak? - MBM
Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan sejak 20 Januari lalu memberi pelbagai reaksi daripada pihak guru, ibu-bapa dan murid. Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan, meskipun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan, isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.

COVID-19 | Malaysia lihat hasil vaksinasi di UK dan US
Malaysia mendapat lebih banyak maklumat mengenai keberkesanan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal Pfizer selepas pelaksanaan vaksinasi di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

PKP | Lihat penutupan ekonomi bersama cadangan lain
Seruan untuk mengenakan kembali penutupan penuh untuk membendung penularan wabak COVID-19 harus dilihat bersama cadangan-cadangan lain.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42495336661611591074356/1887186_8967789641611591103667_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021)

10 Berita Pilihan - (25 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia bakal kehilangan 14 pingat emas di Vietnam
Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) meluluskan rayuan jujitsu, triathlon, e-sukan dan boling tenpin untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 jenis sukan.

Sukan SEA: Filipina jumpa bukti penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet
Perkara itu didedahkan semasa mesyuarat maya Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Selasa.

Acara breakdance wanita dibatalkan
Mesyuarat Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) memutuskan acara breakdance wanita hanya akan dijadikan acara pertunjukan kerana hanya disertai dua negara.

SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.

Ujian doping: Atlet minta buka sampel B - MOM
MOM mengesahkan bahawa atlet negara yang dilaporkan positif ujian doping meminta pemeriksaan dilakukan pada sampel B sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran SEAGF.

Atlet Sukan SEA 2017 negara gagal ujian doping
Seorang atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.