awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gagal ke final Piala Axiata

Bernama
Bernama
07/12/2014
00:17 MYT
Malaysia gagal ke final Piala Axiata
Malaysia gagal ke final Piala Axiata. - Gambar Fail
Juara bertahan Malaysia gagal melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 apabila kalah kepada Indonesia dengan agregat mata 6-4 selepas terikat 4-4 pada separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur pada Sabtu.
Indonesia layak ke final selepas penentuan agregat set yang dimenangi apabila masing-masing memenangi dua perlawanan.
"Sedih juga sebab kita kalah dari segi set (yang dimenangi). Pemain kita telah mempamerkan mutu perlawanan yang baik," kata jurulatih negara, Rashid Sidek.
Namun berdasarkan prestasi yang dipamerkan hari ini, Rashid berharap pemain-pemain akan terus bermain dengan cemerlang untuk memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga esok.
"Untuk esok, tidak kira dengan siapa yang akan kita berjumpa, kalau boleh saya mahu kita menang. Saya harap pemain akan kekal semangat untuk esok," katanya.
Malaysia meraih dua mata pertama melalui pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi yang terpaksa memerah keringat dalam 'rubber-set' selepas perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng kalah kepada Tommy Sugiarto dalam 'straight-set' 16-21 dan 19-21 dalam perlawanan pertama.
Jing Yi yang tunduk kepada Bellaetrix Manuputy 13-21 pada set pertama, bingkas bangkit mempertajamkan skil permainan untuk memenangi dua set berikutnya dengan 22-20 dan 21-19.
Rentak kemenangan beliau kemudiannya diikuti beregu lelaki negara, Tan Boon Heong dan Tan Wee Kiong, yang juga terpaksa bermain hingga set penentuan 21-10, 13-21 dan 21-18 ketika menentang Markis Kido dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Kemenangan Boon Heong-Wee Kiong itu berjaya menyamakan kedudukan pasukan negara dengan 4-4.
Indonesia meraih mata kemenangan selepas gandingan beregu campuran mereka Riky Widianto dan Richi Puspita Dili memenangi perlawanan itu 21-14 dan 22-10.
Indonesia akan bertemu sama ada Thailand atau pasukan Bintang Asia di perlawanan akhir pada Ahad.
Topic Berkaitan
#AXIATA
#badminton
#Indonesia
#malayais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan