awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gagal ke suku akhir Piala Sudirman 2013

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2013
14:51 MYT
Malaysia gagal ke suku akhir Piala Sudirman 2013
Malaysia tumpas di tempat sendiri apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 setelah tewas dengan pasukan Jerman 3-2 pada pusingan peringkat Kumpulan C hari ini.
Langkah tempang Malaysia bermula dengan kekalahan pertama melalui beregu campuran nombor lima dunia Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengejutkan banyak pihak termasuk ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
"Beregu Chan/Goh mungkin merasa sedikit tekanan dan gementar kerana mereka merupakan pasukan Malaysia yang pertama masuk ke gelanggang hari ini dan saya harap setiap pemain yang tewas akan menilai punca kekalahan mereka.
"Saya berharap mereka dapat terus meningkatkan keyakinan dan mutu persembahan pada pusingan seterusnya dan para pemain lain terus fokus serta tidak merasa tertekan dengan keadaan ini," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan, di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pasangan Chan/Goh gagal memberikan mata kepada pasukan negara apabila tewas kepada pasangan Fuchs Michael/Michels Birgit 17-21, 21-18 dan 17-21.
"Rintangan angin yang tidak menentu memberikan kekalahan kepada kami hari ini, kami cuba mengejar lawan pada set kedua namun tidak dapat mengekalkan kejuaraan apabila tewas pada set ketiga," katanya.
Sementara itu, Chan berkata beliau merasakan sedikit tekanan berikutan menjadi pasangan yang diletakkan harapan oleh para peminat bulu tangkis negara dan berharap kekalahan mereka hari ini tidak melemahkan semangat pasukan negara mengumpul mata.
Kedua-dua mereka berpendapat pihak lawan dapat mengatasi tekanan yang cuba diberikan dengan baik dan terus fokus terhadap permainan.
Namun episod kekalahan Malaysia tidak terhenti di situ sahaja apabila perseorangan wanita Tee Jing Yi tewas mudah kepada Konon Olga 12-21 dan 14-21.
Harapan peminat bulu tangkis negara musnah apabila beregu wanita Woon Khe Wei/Vivian Hoo Kah Mun yang dijangka bakal menyelamatkan Malaysia untuk ke peringkat suku akhir tewas sengit kepada Michels Birgit/Golsizewski Johanna 21-16,16-21 dan 21-18.
Sementara itu, beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem/Lim Khim Wah gembira dengan kejayaan menyumbang satu mata kepada negara dengan kemenangan 21-16 dan 23-21 ke atas beregu Kindervater Ingo/Schoettler Johanne.
"Kami akui agak gementar ketika terikat 20-20 pada set kedua namun kami tidak mahu ia mengganggu emosi kerana kami hanya memberikan fokus sepenuhnya terhadap permainan.
"Lawan kami memberikan tentangan sengit pada perlawanan hari ini dan kemenangan tersebut merupakan satu kebanggaan buat kami," kata Lim yang pernah ditewaskan lawan sama pada pusingan kedua Terbuka Jerman, Mac lalu.
Mata kedua Malaysia dikumpul melalui Chong Wei yang berjaya mengumpul mata pertama negara menewaskan Domke Dieter 21-18 dan 21-18.
Topic Berkaitan
#Piala Sudirman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan