awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hantar 52 wakil ke Kejohanan Olimpik Istimewa Dunia 2019

Bernama
Bernama
08/03/2018
23:03 MYT
Malaysia hantar 52 wakil ke Kejohanan Olimpik Istimewa Dunia 2019
Atlet berkenaan akan dipilih melalui Sukan Olimpik Istimewa Kebangsaan dari 4 hingga 6 Mei ini. - Foto Facebook/SpecialOlympics
Malaysia akan diwakili 52 atlet dan pegawai dalam tujuh acara sukan pada Kejohanan Dunia Musim Panas Olimpik Istimewa Abu Dhabi tahun depan.
Acara sukan rasmi bagi temasya berkenaan adalah akuatik, olahraga, bocce, boling, bola sepak, ekuestrian dan golf.
Pengerusi Olimpik Istimewa Malaysia (SOM) Nur Azida Daud berkata atlet berkenaan akan dipilih melalui Sukan Olimpik Istimewa Kebangsaan dari 4 hingga 6 Mei ini.
"SOM bercadang untuk menghantar delegasi dianggotai 52 atlet dan jurulatih ke Abu Dhabi. Bagaimanapun, SOM perlu mengumpul dana sekurang-kurangnya RM500,000 untuk membawa sebuah kontinjen penuh, kami memerlukan pembiayaan terus sekurang-kurangnya RM20,000 bagi setiap atlet, termasuk kos jurulatih dan kakitangan sokongan," katanya.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran pembiayaan itu, SOM bersama Olimpik Istimewa Kuala Lumpur akan mengadakan konsert bertemakan 'Music is the Universal Language of Love' yang akan mengetengahkan persembahan oleh Zamil Idris dan Juwita Suwito pada 21 April di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
"Konsert untuk mengumpul derma ini akan membolehkan perbadanan dan individu memberi sumbangan dengan cara yang bermakna. CSR (tanggungjawab sosial korporat) adalah kunci kepada tugas kami yang berterusan membabitkan beribu-ribu kanak-kanak yang mengalami kecacatan intelektual di negara ini.
"Usaha seperti ini memerlukan komitmen, sumber dan pembiayaan terus. Bagaimanapun, saya harap konsert ini akan dapat mengumpul dana yang cukup bagi kami membawa kontinjen Malaysia ke Abu Dhabi, tahun depan," katanya.
Sebagai rekod, pada tahun 2016, terdapat 4,103 atlet olimpik istimewa yang berdaftar bersama 550 jurulatih manakala pada 2017, jumlah atlet meningkat sebanyak 14 peratus (4,696) dan jurulatih sebanyak 12 peratus iaitu 616 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Dhabi
#acara sukan
#Kejohanan Dunia Musim Panas Olimpik Istimewa
#Malaysia
#Nur Azida Daud
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan