KUALA LUMPUR: Malaysia sepatutnya diberikan sepakan percuma manakala keputusan menganugerahkan sepakan penalti kepada Vietnam adalah tidak wajar dalam aksi penuh kontroversi saingan Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam tadi.
Bekas pengadil kebangsaan Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat pengadil perlawanan, Ryuji Sato perlu merujuk kesalahan pertama Doan Van Hau yang dilihat menolak Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-59 ketika tonggak pertahanan negara mahu mengeluarkan bola dari dalam kawasan bahaya Malaysia.
Menurut beliau, jika insiden berlaku di luar padang dan bola masih dalam permainan, pengadil perlu memulakan semula permainan dengan memberikan sepakan percuma atau jika insiden berlaku di kawasan berhampiran garisan gol dan berhampiran atau sempadan kawasan penalti maka sepakan penalti perlu diberikan.
"Namun, pemain Vietnam dilihat melakukan satu reckless challenge (cabaran melulu) terhadap pemain Malaysia dan dia (Van Hau) sepatutnya dipersalahkan terlebih dahulu kerana bola masih dalam permainan...pada pandangan saya pengadil perlu memberikan sepakan percuma kepada pasukan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kontroversi tercetus apabila Sato menganugerahkan sepakan penalti kepada tuan rumah dan turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Azam pada minit ke-62 selepas pengadil dari Jepun itu mendakwa pemain muda Terengganu FC telah melakukan kekasaran ke atas Van Hau di luar padang.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya Que Ngoc Hai untuk menggandakan jaringan selepas Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan di depan pada separuh masa pertama sebelum Vietnam melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 hasil penyudah Nguyen Hoang Duc menghampiri masa penuh.
Subkhiddin yang juga tenaga pengajar teknikal Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata layangan kad merah kepada Muhammad Azam wajar diberikan setelah beliau dilihat membuat tindakan balas selepas 'dirempuh' Van Hau.
"Tindakan retaliation (balas dendam) atau tindak balas boleh dikenakan kad merah namun perlawanan perlu dimulakan semula berdasarkan kesalahan pertama pemain tuan rumah," katanya.
Sementara itu, Subkhiddin berharap agar skuad kendalian Kim Pan Gon segera melupakan episod hitam di Hanoi dan bangkit semula menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 Jan depan dalam usaha melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan dilabel Piala Dunia ASEAN itu.
Katanya, pemain tidak perlu bersedih dengan kekalahan kepada skuad Golden Star Warriors semalam dan mahu menyaksikan mereka terus bermain berpandukan taktikal oleh pengendali dari Korea Selatan dalam pertembungan 'Causeway Derby' selepas ini.
Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia gagal menamatkan kemarau tanpa kemenangan ke atas juara dua kali Piala AFF itu sejak 2014 - tewas tujuh dan seri sekali, sementara kejayaan malam tadi membolehkan Vietnam mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
Malaysia kini menduduki tangga kedua selepas mengumpul enam mata diikuti Singapura yang baru melengkapkan dua perlawanan di tempat ketiga (enam mata) manakala Myanmar dan Laos tercorot selepas gagal mengutip sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022

Subkhiddin berkata layangan kad merah kepada Muhammad Azam wajar diberikan setelah beliau dilihat membuat tindakan balas selepas 'dirempuh' Van Hau. - Gambar fail

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Malaysia patut dapat sepakan percuma - Subkhiddin
Kontroversi tercetus apabila Sato menganugerahkan sepakan penalti kepada tuan rumah dan turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Azam.