awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar tujuh pingat di WUG 2025 - CDM

Bernama
Bernama
11/07/2025
20:45 MYT
Malaysia sasar tujuh pingat di WUG 2025 - CDM
Malaysia akan menyertai enam daripada 19 jenis sukan yang dipertandingkan, melibatkan penyertaan 64 atlet, terdiri daripada 39 lelaki dan 25 wanita. - Gambar FISU World University Games
PUTRAJAYA: Kontinjen negara menyasarkan tujuh pingat tanpa mengira warna pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 yang akan berlangsung di Rhine Ruhr, Jerman, dari 17 hingga 27 Julai ini.
Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Prof Madya Dr Mohd Hafiz Yusoff berkata, sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet yang akan bertanding, selain kesiapsiagaan kontinjen untuk menyamai pencapaian pada edisi 2023 di Chengdu, China.
Pada edisi tersebut, Malaysia mencatat pencapaian terbaik dengan kutipan satu pingat emas, satu perak dan lima gangsa.
"Kami telah membuat analisis serta menilai senario semasa, terutama membabitkan acara yang dipertandingkan tahun ini. Terdapat beberapa acara yang sebelum ini menyumbang pingat di WUG 2023, namun tidak dipertandingkan pada edisi kali ini.
"Justeru, kami berpendapat sasaran tujuh pingat tanpa mengira warna adalah sesuatu yang realistik dan akan cuba dicapai oleh kontinjen negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen WUG 2025 di sini, malam Jumaat.
Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Malaysia akan menyertai enam daripada 19 jenis sukan yang dipertandingkan, melibatkan penyertaan 64 atlet, terdiri daripada 39 lelaki dan 25 wanita.
Enam sukan yang akan disertai kontinjen negara ialah gimnastik artistik, badminton, memanah, olahraga, renang dan taekwondo.
Antara sandaran utama negara pada edisi kali ini termasuk jaguh pecut kebangsaan Muhammad Azeem Mohd Fahmi; pemegang rekod 400 meter kebangsaan, Umar Osman serta trio pemanah wanita negara yang turut beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil.
Turut menggalas cabaran ialah atlet taekwondo Muhammad Syafiq Zuber serta perenang utama negara Khiew Hoe Yean.
Pada majlis itu, Muhammad Azeem turut diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Sukan Olimpik Paris 2024
#WUG 2025
#pencapaiaan terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan